> > Futsal boleh jalin hubungan baik antara agama
Futsal boleh jalin hubungan baik antara agama
WARTAWAN SINAR HARIAN Selasa | 14 Mei 2019

KEJOHANAN UiTM Futsal Sahur Liga Ramadan 2019 menyaksikan bulan yang mulia ini boleh menjalinkan hubungan keagamaan dan sukan secara simbiosis.

Sungguhpun kejohanan ini berakhir hingga awal pagi, sekitar 4.45 pagi, penonton tetap setia menunggu sehingga ke akhir kejohanan.

Semasa perlawanan berlangsung dan berhenti rehat, para pengadil, pemain, pengurusan sukan, penonton kelihatan membuka juadah masing-masing dan bersahur.

Ia cukup meriah. Ikatan 'sporting spirit' ternyata akrab.

Acara ini boleh dijadikan satu budaya sukan dan ibadah secara tahunan, kata seorang penonton, Hafiz Mohd Nor.

“Saya terpersona dengan acara ini dianjurkan. Ia cukup profesional,” katanya seorang juruterbang profesional dan peminat sukan futsal dan bola sepak.

Dalam kejohanan yang bermula selepas solat sunat tarawikh, pasukan MAC dari Kelab MAC Selangor merangkul kejayaan dengan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000 dan hamper.

Tim itu bermain dengan cukup cemerlang menewaskan 30 pasukan lain.

Tempat kedua dimenangi oleh TMT Shah Alam dan tempat ketiga dimenangi oleh Vilia dari Bangi.

Kejohanan menyaksikan sebanyak 30 pasukan berentap dalam kejohanan kalah mati di hadapan ramai peminat futsal sekitar Selangor.

Kejohanan yang diadakan di Pusat Sukan, UNiversiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam berjaya menarik perhatian bukan sahaja penyertaan peserta dalaman UiTM malah dari pasukan luar dan juga juga pasukan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi sekitar Selangor.

Semasa kejohanan ini berlangsung, aktiviti-aktiviti jualan juga turut berlangsung bagi memeriahkan lagi suasana kejohanan itu.

Kejohanan yang julung kali diadakan ini adalah bertujuan menyasarkan golongan muda yang aktif dalam futsal sekitar Shah Alam.

Program kejohanan ini bermula selepas solat terawih sehingga waktu sahur.

Menurut penasihat program ini, Prof Madya Dr Sarimah Ismail, penganjur kejohanan ini terdiri daripada para pelajar Pengurusan Sukan (Semester 4).

“Saya cukup bangga kerana mereka berupaya meningkatkan kesedaran gaya hidup sihat di kalangan generasi muda sekitar Selangor di samping meningkatkan kesedaran keusahawan di kalangan pelajar-pelajar.
“Secara tidak langsung, program ini dapat mengelakkan aktiviti-akviti negatif di kalangan remaja, malah dapat menjadi landasan “socialization” yang sihat sesama mereka.
“Yang menariknya idea kejohanan ini iaitu futsal sahur cukup hebat,” katanya ketika ditemui di kejohanan itu.

Sementara itu, Pengarah Projek Fatin Mazrina Muhamad Yusoff berkata, program ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar melaksanakan program secara hands-on selepas pembelajaran teori di dalam kelas “Sport Communication”.

“Bulan Ramadan, selain diisi dengan aktiviti keagamaan, aktiviti kesukanan sebegini dilihat dapat mengimbangi cara hidup duniawi generasi Y dan belia-belia yang sihat di negara ini,” kata beliau.

Ternyata para pelajar pengurusan sukan itu berjaya menjadi penganjur bertaraf profesional.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...