> Kerjasama berterusan alumni tingkat kebolehpasaran graduan UiTM
Kerjasama berterusan alumni tingkat kebolehpasaran graduan UiTM
AFIZAN AMER, UiTM REMBAU Selasa | 14 Mei 2019

REMBAU - Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Negeri Sembilan, Kampus Rembau telah mengadakan program santai alumni sempena program "Week Without Wall" yang dihadiri kira-kira 750 orang penuntut fakulti ini yang diadakan di Dewan Biduanda, UiTM Rembau.

Dalam program ini, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan telah menampilkan seorang alumni yang kini berjaya dalam lapangan yang diceburi.

Azmil Abrar yang merupakan Ikon Alumni UiTM sempat melapangkan masa selama tiga jam beramah mesra dengan para penuntut daripada fakulti ini.

Ikon alumni UiTM, Azmil Abrar.

Dalam sesi tersebut, beliau banyak berkongsikan pengalaman di dalam perniagaan mahu pun sebagai seorang pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).

Memiliki diploma dan ijazah sarjana muda kepujian pemasaran dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM tidak menjadi satu halangan untuk meneruskan pengajian dalam sarjana perang saraf dari fakulti yang berlainan di UiTM.

Melihatkan pengalaman yang dikongsikan, sememangnya alumni merupakan adalah aset penting sesebuah universiti dalam membangunkan kualiti dan keboleh pasaran graduan sesebuah univerviti itu secara langsung atau tidak langsung.

Hubungan yang baik di antara alumni dan UiTM ini dilihat akan membawa UiTM ke tahap pengupayaan sebenar yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Sebahagian para peserta sedang menyanyikan lagu “UiTM Di Hatiku”.

Jalinan ikatan antara tenaga akademik, mahasiswa dan alumni adalah pihak pemegang taruh (stake holder) yang amat penting dalam membentuk sebuah ekosistem universiti yang mampan dalam mendepani era globalisasi yang serba mencabar, maka sudah tentu para alumni dapat membantu melengkapkan diri bakal graduan dengan persediaan secukupnya tentang cabaran industri terkini.

Azmil Abrar menekankan bahawa para bakal graduan perlu berinovatif, mempunyai kebolehan mencapai matlamat yang tinggi, menguasai pelbagai bahasa dan keupayaan berkomunikasi dengan berkesan serta celik teknologi.

Selain itu, beliau juga menekankan agar sifat-sifat tersebut diimbangi dengan menghayati nilai-nilai murni sebagai asas kehidupan, dan mampu untuk memberikan sumbangbakti kepada masyarakat dan negara.

Beliau menegaskan, ini merupakan amalan ramai alumni UiTM yang telah berjaya dan kini mengisi jawatan-jawatan penting di industri tanpa mengira agensi-agensi kerajaan atau swasta yang mana mereka ini sama-sama berperanan dalam membantu melestarikan pembangunan negara.

Ahli Jawatankuasa penganjur program Jalinan Alumni.

Program jalinan antara universiti dan alumni sebegini memperlihatkan, dengan persiapan yang betul dalam kalangan bakal graduan, persaingan untuk memasuki bidang kerjaya semakin mencabar berikutan tawaran dan peluang pekerjaan yang semakin berubah sifatnya dapat dipertingkatkan.

Melalui program sebegini, para penuntut berpeluang mengetahui persiapan yang perlu mereka lakukan dalam persiapan ke alam pekerjaan agar lebih kritikal dan fokus dalam sektor pekerjaan tertentu.

Bakal-bakal graduan, khususnya penuntut tahun akhir harus bersedia dan melengkapkan diri serta memikirkan secara lebih serius mengenai soal kerjaya mereka yang semakin berubah sifatnya.

Di sinilah para alumni-alumni UiTM, khususnya yang sudah berkerjaya, berperanan dengan memberi khidmat mentoring tentang peluang-peluang pekerjaan yang ada di dalam industri dan membuka ‘laluan’ bagi pelajar diterima masuk sama ada untuk menjalani latihan praktikal atau menimba pengalaman bekerja di institusi di mana alumni berada.

Tetamu kehormat bersama alumni, Azmil Abrar.

Alumni boleh menjadi panel rujukan kepada fakulti dalam pengubalan silibus bagi menyediakan keperluan pelajar dan graduan untuk menempatkan diri di bidang kerjaya tertentu. Program jaringan alumni universiti ini dianjurkan oleh pelajar Diploma Pengajian Perniagaan Semester 4 yang membawa tema “Wadah Komunikasi Efektif” di bawah pengawasan Koordinator Diploma Pengajian Peniagaan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM, Farrah Nadia Baharuddin.

Memandangkan para alumni ini juga pernah melalui proses pengajian sebagaimana penuntut sekarang lalui, perkongsian pengalaman yang oleh alumni dengan penuntut sama ada dalam soal pengurusan masa dan kewangan, pembentukan sahsiah diri dan watak mahupun bidang kerjaya adalah penting dan dapat diterima dengan lebih baik sebagai panduan dan dijadikan inspirasi oleh penuntut.

Dengan cara tersebut juga alumni dapat membantu memperkukuhkan lagi keyakinan, menyalurkan semangat dan menyemai budaya seperti mana hasrat yang universiti ingin sampaikan kepada generasi penuntutnya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...