> CETUSAN > Sifat suka mengongkong: Penjara bagi anak, kemenangan bagi ibu bapa
Sifat suka mengongkong: Penjara bagi anak, kemenangan bagi ibu bapa
ANISAH SAFIAH AZMI Selasa | 14 Mei 2019

Mempunyai ibu bapa yang overprotective kepada anak-anak merupakan salah satu cara ibu bapa untuk mendidik dan menjaga anak mereka. Akan tetapi tanggapan anak-anak selalu disalah anggap bahawa kehidupan mereka diibaratkan sebagai penjara kerana kongkongan oleh ibu bapa.

Kita kena akui, setiap ibu bapa fitrahnya untuk melindungi dan menjaga anak-anak daripada pelbagai ancaman kepada anak. Situasi hari ini yang terlalu terdedah dengan gejala sosial yang tidak dapat lagi dibendung mendorong ibu bapa untuk mengawal setiap pergerakan anak-anak tanpa mereka sedari bahawa mereka telah menghalang dan menyekat kebebasan anak-anak. Oleh itu, adakah kita sebagai ibu bapa sudah berjaya dalam mendidik anak-anak sedangkan jiwa mereka tersekat dan suara mereka tertutup?

Lumrah perkembangan anak-anak membesar adalah untuk mengenal dan meneroka tentang kehidupan. Sebaliknya, ibu bapa yang overprotective atau ibu bapa mengongkong ini mengambil alih dalam tumbesaran anak-anak.

Antara ibu bapa yang overprotective ialah mengambil tahu setiap perkara yang anak lalui hatta perkara yang sebesar kuman. Hal ini mengakibatkan, anak-anak tidak berpeluang untuk bergaul dan bersosial dengan dunia luar. Malah, mereka akan kurang keyakinan pada diri sendiri. Selain itu, mereka akan berasa kehidupannya semata-mata untuk ibu bapa bukan untuk diri sendiri. Selain kurang keyakinan diri, anak-anak cenderung ke arah pengabaian dalam tanggungjawab kerana semua perkara telah dilakukan oleh ibu bapa termasuk dalam pengurusan diri sendiri.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap impian ibu bapa adalah melihat anak-anak berjaya hingga ke menara gading. Lebih-lebih lagi apabila melihat potensi anak dalam akademik mampu bersaing dengan yang lain. Oleh itu, ibu bapa lebih suka melihat anak-anak mengikut jejak mereka bidang pelajaran dan pekerjaan. Anak-anak yang sudah terbiasa dengan cara didikan oleh ibu bapa mereka akan lebih mementingkan permintaan ibu bapa berbanding kehendak sendiri.

Oleh itu, anak-anak akan mengalami tekanan dan stres dalam pelajaran kerana takut hendak bersuara menidakkan permintaan ibu bapa. Menurut statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2017 mendedahkan terdapat remaja yang berusia dari 13 hingga 17 tahun yang mengalami masalah mental. Satu daripada lima orang mengalami kemurungan manakala satu dalam 10 orang mengalami masalah stres. Tidak dinafikan bahawa masalah mental boleh berpunca daripada ibu bapa yang overprotective.

Selain itu, dengan siapa anak berkawan amat dititik beratkan buat ibu bapa yang overprotective kerana tidak mahu anak-anak terjebak dengan pengaruh rakan sebaya. Seperti yang kita tahu, persekitaran sosial anak-anak mempengaruhi pembesaran mereka akan tetapi dihalang oleh ibu bapa yang overprotective malah ibu bapa akan mengambil alternatif lain dengan kenalan yang sudah kenal lama hanya boleh berkawan dengan anak-anaknya.

Bertitik tolak daripada itu, anak-anak mula melakukan penipuan dan pembohongan untuk melepaskan mereka daripada kongkongan tersebut. Lebih parah lagi, apabila mereka mula terlibat dengan masalah gejala sosial untuk menunjukkan protes dalam diri mereka. Kesannya, berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara pada tahun 2017 yang melibatkan masalah sosial telah mencatatkan sebanyak 4,922 kes anak tidak sah taraf manakala 120 kes pembuangan bayi berada pada tahap membimbangkan.

Dapat kita lihat pada hari ini kebanyakan mahasiswa di universiti banyak yang terkena culture shock kerana tidak terbiasa dengan persekitaran yang bebas dari ibu bapa maka, mereka lebih mengambil jalan kebebasan sebagai ganti kepada diri sendiri setelah sekian lama dikongkong oleh ibu bapa.

Ingatlah ibu bapa semua, anak-anak merupakan amanah daripada Allah kepada setiap insan yang bergelar ibu bapa dan ia merupakan ujian untuknya. Anak-anak telah dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada ibu bapa mereka untuk menjaga dan memelihara supaya dapat membentuk insan yang lebih berguna dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Seperti firman Allah S.W.T ada menyebut di dalam Al-Quran, “Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar.” (At-Taghabun, 64:15). Sudah tentu menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam memberi didikan yang sempurna dari segi akidah dan akhlak kepada anak-anak. Amat rugilah bagi ibu bapa yang ramai anak tapi satu pun tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Oleh itu, keupayaan ibu bapa dalam mengenalpasti dan memahami keperluan dan kehendak anak-anak selaras dengan fitrah kejadiannya. Maka, ibu bapa hendaklah memainkan peranan dalam mendidik anak mereka untuk melahirkan generasi yang bervariasi dalam meneroka perkara baharu.

* Merupakan Mahasiswa Tahun 3 Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di bawah subjek (Pemberitaan dan Penulisan Rencana)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...