> > Tautan mahabbah mahasiswa UiTM Shah Alam dan komuniti Jenjarom
Tautan mahabbah mahasiswa UiTM Shah Alam dan komuniti Jenjarom
NAJWA KARMILA Rabu | 15 Mei 2019

Program ini dinamakan sebagai Tautan mahabbah mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dengan komuniti Jenjarom.

Program Tautan mahabbah ini dianjurkan oleh kursus kokurikulum HBU137 dengan melibatkan seramai 16 orang mahasiswa semester 3 BSMM UiTM Shah Alam, dan 75 orang penduduk Kampung Jenjarom yang bertempat di Kampung Jenjarom, Selangor.

Program ini bertujuan memberi peluang kepada ahli BSMM cawangan UiTM Shah Alam untuk mengaplikasikan dan mendidik masyarakat, ilmu yang telah dipelajari sepanjang kelas kokurikulum.

Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan bekerja secara berpasukan serta mengukuhkan perhubungan sesama pelajar.

Untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat mengenai langkah pengendalian kecederaan di dalam rumah mahupun di luar rumah.

Disamping, program seperti ini dijalankan adalah untuk merapatkan silaturrahim antara penduduk tempatan dengan mahasiswa universiti, serta bagi memenuhi keperluan modul kokurikulum bagi mahasiswa semester 3.

Program ini melibatkan aktiviti dalaman, iaitu memberi pengetahuan dalam penggunaan first aid, merawat dan membalut luka, cara mencuci tangan yang betul, pengendalian kecemasan jika berlaku di dalam rumah dan di luar rumah.

Pada masa yang sama, program ini juga memberi peluang kepada ibu bapa untuk memeriksa kesihatan dan tekanan darah bagi mengetahui tahap kesihatan mereka.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...