> > 255 pesilat beraksi di Kejohanan Silat Olahraga Piala Timbalan Naib Canselor HEP UiTM 2019
255 pesilat beraksi di Kejohanan Silat Olahraga Piala Timbalan Naib Canselor HEP UiTM 2019

MACHANG - Seramai 255 orang pesilat dari pelbagai pertubuhan dan universiti telah menyertai Kejohanan Silat Olahraga Piala Timbalan Naib Canselor HEP Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2019.

Kejohanan yang telah diadakan selama 3 hari ini dianjurkan oleh Unit Sukan UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama PESAKA Negeri Kelantan dan kelab-kelab pelajar.

Kejohanan Silat Olahraga Piala Timbalan Naib Canselor HEP UiTM 2019.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor HEP UiTM, Prof Dr Azizan Abdullah.

"Syabas dan tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa penganjur di atas penganjuran kejohanan seumpama ini.
"Saya percaya semua atlet dan pegawai telah menyertai kejohanan ini dengan penuh semangat kesukanan di samping menuju matlamat kecemerlangan sukan silat," katanya.
Timbalan Naib Canselor HEP UiTM, Prof Dr Azizan Abdullah.

Sebanyak 17 pingat emas telah dipertandingkan semasa kejohanan Silat Olahraga ini.

UiTM mendominasi aksi edisi kejohanan ini dengan johan keseluruhan dirangkul, UiTM Elite Shah Alam, Naib Johan disandang oleh UiTM Pahang dan UiTM Kelantan menyerlah di tempat ketiga.

Dr Azizan berkata, banyak program yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Pusat Sukan UiTM dan Unit Sukan Cawangan UiTM dalam melahirkan atlet yang berwibawa dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri.

"Melalui kepakaran dan kemudahan yang ada di universiti, saya yakin para pesilat yang terlibat kali ini mampu untuk berjaya bukan sahaja di peringkat kebangsaan malahan juga di persada dunia.
"Pasukan-pasukan yang menang, saya mengucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya, kita cuba dan jumpa lagi pada kejohanan di tahun hadapan, dan apa yang lebih penting ialah semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh mereka," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...