> > Jabatan UIAM luang masa 30 minit baca al-Quran setiap pagi
Jabatan UIAM luang masa 30 minit baca al-Quran setiap pagi
WARTAWAN SINAR HARIAN Rabu | 15 Mei 2019

GOMBAK - Semua jabatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil inisiatif mengadakan sesi bacaan al-Quran selama setengah jam setiap pagi sepanjang hari bekerja.

Timbalan Pengarah Bahagian Hubungan Alumni UIAM, Siti Aisyah Ibrahim berkata, inisiatif membaca al-Quran tersebut bagaimanapun bukan menjadi kewajipan kepada semua kakitangan sebaliknya hanya satu galakan untuk mengaji secara beramai-ramai.

“Sebagai contoh di jabatan ini (Bahagian Hubungan Alumni UIAM) kami mulakan aktiviti membaca al-Quran pada jam 7.30 sehingga 8 pagi, manakala di jabatan lain seperti Pusat Khidmat Kaunseling dan Kerjaya (CCSC) bermula jam 8.30 hingga 9 pagi.

“Terpulang kepada ketua di jabatan masing-masing untuk mulakan aktiviti itu jam berapa tapi seelok-eloknya diadakan pada waktu pagi. Namun, yang pastinya akan ada guru mengaji atau kakitangan yang mempunyai kepakaran untuk membantu melancarkan bacaan,” katanya kepada Sinar Harian.

SITI AISYAH

Menurutnya, inisiatif membaca al-Quran ini bermula sejak kempen penganjuran World #QuranHour yang pertama iaitu pada 11 September 2016.

“Ramai dalam kalangan kakitangan yang memberikan reaksi positif sejak aktiviti membaca al-Quran diadakan.
Siti Aisyah (kanan) bersama kakitangan jabatannya membaca al-Quran setiap pagi selama setengah jam pada setiap hari bekerja. (FOTO ZAHID IZZANI)
“Ketika mula-mula aktiviti membaca al-Quran diadakan ramai yang malu-malu untuk membuka mulut membaca al-Quran. Ada yang bacaannya tersekat-sekat dan tajwidnya tidak betul, tetapi kini semuanya sudah pandai dan lontaran suara pun sudah jelas,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai program World #QuranHour menurutnya, UIAM adalah penganjur lokasi per dana selama empat tahun berturut-turut dan kempen itu penting untuk memupuk masyarakat bersahabat dengan al-Quran.

“Tujuan utama kita adalah bukan berkempen mengaji satu jam kerana itu hanyalah simbolik supaya masyarakat berpegang dengan al-Quran.

“Kita berkempen mengajak masyarakat mendekati al-Quran dan jika tidak buat kita akan berasa bersalah. Apabila ada aktiviti membaca al-Quran seperti ini kita akan rasa berbaloi atas usaha yang dilakukan,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...