> > SKMM saran orang ramai manfaatkan myFreeview, lebih kualiti berbanding analog
SKMM saran orang ramai manfaatkan myFreeview, lebih kualiti berbanding analog
BERNAMA Selasa | 14 Mei 2019

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menggalakkan orang ramai supaya manfaatkan perkhidmatan penyiaran digital myFreeview yang menawarkan tontonan lebih berkualiti berbanding penyiaran analog.

Ketua Jabatan Platform Pengedaran dan Penciptaan Digital SKMM Azlina Mohd Yusof berkata perkhidmatan myFreeview ditawarkan secara percuma tanpa kos langganan bulanan sebagai usaha kerajaan menyediakan khidmat penyiaran televisyen dan radio terbaik untuk rakyat.

"Kalau kita lihat di zaman analog kualiti siarannya tidak memuaskan... tapi apabila berhijrah ke teknologi digital kita dapat kualiti siaran yang jelas, mutu gambar dan audio begitu cantik sekali.
"Selain itu, teknologi digital tidak mudah terima gangguan apabila keadaan cuaca tidak elok serta ia boleh siarkan banyak saluran televisyen dan radio dalam satu jaluran frekuensi," katanya selepas menjadi tetamu program 'Ala Carte' terbitan Bernama Radio di Wisma Bernama, di sini hari ini.

Perkhidmatan televisyen digital terrestrial di bawah penjenamaan myFreeview ini adalah satu inisiatif kerajaan yang diberi secara percuma kepada rakyat, dikendalikan syarikat MYTV Broadcasting Sdn Bhd secara pembiayaan sektor swasta.

Azlina turut menggalakkan individu yang menerima dekoder MYTV secara percuma supaya memasangnya bagi menikmati pelbagai manfaat.

"Kita telah buat satu kajian secara rambang melibatkan 600 responden, kita dapati tahap pemasangan dekoder tidak memberangsangkan iaitu tidak sampai 40 peratus. Ia sangat merugikan sekiranya penerima yang diberikan secara percuma tidak memasang dekoder mereka," katanya.

Penerima dekoder percuma dipilih daripada senarai Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) terutama golongan isi rumah B40.

Orang ramai yang berminat untuk membeli dekoder berkenaan boleh mendapatkannya dengan harga tidak lebih daripada RM200 dan boleh melayari laman sesawang https://myfreeview.tv atau menghubungi talian 1800181088 untuk maklumat lanjut. -- Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...