> UiTM banteras dadah dengan mencanting batik bersama SK Telanok
UiTM banteras dadah dengan mencanting batik bersama SK Telanok

TANAH RATA - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam telah menganjurkan aktiviti mencanting batik sempena Program Towards Drug Free Society 1.0 bersama-sama pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Telanok pada baru-baru ini.

Program yang dikelolakan oleh 21 mahasiswa dari Kursus Pendidikan Pencegahan Dadah yang pertama kali diadakan bersama-sama pelajar tahun empat sehingga tahun enam dengan aktiviti mewarna serta sajak.

Aktiviti mencanting batik warga SK Telanok bersama mahasiswa UiTM Shah Alam.

Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Kokurikulum, UiTM Shah Alam, Sr Noor Halil Ismail.

Aktiviti ini dijalankan bertujuan bagi menarik golongan yang semakin meningkat ke alam remaja iaitu kanak-kanak yang berumur 10 hingga 12 tahun untuk mengisi masa lapang mereka dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.

Dengan aktiviti yang dijalankan ini, adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka supaya tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti menangih dadah.

Guru Besar SK Telanok berkata, program ini sangat baik terutamanya dalam mendedahkan tentang bahaya dadah kepada pelajar sekolah.

"Saya berharap agar program ini sentiasa diteruskan dari tahun ke tahun, agar mereka dapat diberikan pendedahan mengenai najis dadah ini di samping dapat mencanting batik untuk megisi masa lapang mereka," katanya.

Menurut statistik dari Astro Awani, pada tahun 2016 berlaku peningkatan sebanyak 8.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Hal ini didapati bahawa mereka telah berjinak-jinak dengan najis dadah dari peringkat remaja dan sebelumnya.

Dengan adanya aktiviti seperti mencanting batik ini sedikit sebanyak dapat memupuk jati diri dan semangat cinta akan negara.

Majlis penutupan program Towards Drug Free-Society 1.0 bersama Pengarah Pusat Kokurikulum UiTM.

Noor Halil, turut merasmikan penutupan Program Towards Drug Free Society 1.0 yang telah berlangsung selama tiga hari dengan pengisisan pelbagai jenis program seperti Ceramah Bahaya Dadah, explorace dan malam kebudayaan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...