> > Kontinjen pensyarah dan mahasiswa UiTM Cawangan Selangor sertai Sambutan Hari Tanpa Tembakau dan Nafas Baru
Kontinjen pensyarah dan mahasiswa UiTM Cawangan Selangor sertai Sambutan Hari Tanpa Tembakau dan Nafas Baru

SEPANG - Para pensyarah dan pelajar dari Pusat Keselamatan, Kesejahteraan dan Kesihatan Pekerjaan (COSHaW), Fakulti Perubatan dan Tobacco Free Initiative (TFI) UiTM Cawangan Selangor telah dijemput menyertai Sambutan Hari Tanpa Tembakau dan Nafas Baru Bermula Ramadhan Peringkat Kebangsaan 2019 bersempena dengan Karnival 3W (Wellness, Welfare and Women) Peringkat Majlis Perbandaran Sepang bertempat di Pantai Bagan Lalang, Sepang baru-baru ini.

Program ini merupakan anjuran bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Sepang.

Dekan Fakulti Perubatan UiTM, Dr Mohd Zamrin Dimun bergambar bersama para pensyarah dan mahasiswa perubatan UiTM yang turut sama menjayakan program.

Dianggarkan seramai 2000 pengunjung telah hadir memeriahkan program ini yang telah berlangsung selama sehari.

Penyertaan UiTM di dalam program ini adalah disebabkan inisiatif dan usaha gigih UiTM sebagai salah sebuah universiti terbesar di Malaysia untuk turut sama menyertai usaha advokasi ke arah mewujudkan persekitaran bebas asap rokok.

Menurut Pengarah Pusat Keselamatan, Kesejahteraan dan Kesihatan Pekerjaan (COSHaW) UiTM Cawangan Selangor, Dr Siti Munira Yasin yang juga merupakan Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah di Jabatan Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh, penyertaan COSHaW, UiTM di dalam program ini bertujuan untuk memberi pendidikan kepada komuniti tentang bahaya asap rokok kepada bukan sahaja perokok tetapi kepada penghidu asap rokok pasif dan persekitaran.

"Penyertaan universiti dalam program sebegini juga akan membantu mendekatkan diri mahasiswa dengan komuniti sekali gus melatih mahasiswa yang juga bakal doktor agar mampu berkomunikasi dan menyampaikan maklumat kesihatan dengan berkesan kepada masyarakat umum," katanya.

Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Di majlis yang sama, beliau turut melancarkan Kempen ‘Speak Out: Express Your Right, Protect Your Lungs’ yang akan diteruskan selama lima tahun bertujuan untuk memperkasakan masyarakat umum supaya berani dan yakin untuk menegur, menasihati serta memberi perangsang dan semangat kepada perokok untuk berhenti merokok demi kesihatan dan kesejahteraan semua.

Dalam ucapan beliau, Dr Zulkefly turut meminta orang ramai untuk bersama-sama membantu menjayakan kempen ini yang dianjurkan menjelang Ramadhan, kerana Ramadhan adalah bulan terbaik untuk melakukan perubahan tingkah laku ke arah yang lebih positif.

"Memandangkan 85% daripada rakyat Malaysia adalah bukan perokok, ini adalah masanya untuk Kementerian Kesihatan memperkasakan individu bukan perokok untuk berkata ‘tidak’ kepada para perokok.

Turut serta pada majlis ini ialah EXCO Kesihatan, Kebajikan Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud dan Dekan Fakulti Perubatan UiTM, Prof Dr Mohd Zamrin Dimun.

Lanjutan dari sokongan dan usaha padu UiTM terutamanya COSHaW dalam usaha untuk memastikan persekitaran bebas asap rokok, UiTM adalah satu-satunya universiti yang dijemput oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyertai program ini.

Dekan Fakulti Perubatan UiTM, Prof Dr Mohd Zamrin Dimun turut hadir memeriahkan majlis dan menandatangani Plak Ikrar UiTM bagi menyokong usaha murni UiTM ke arah memastikan persekitaran tempat kerja bebas tembakau.

Dr Mohd Zamrin menandatangani ikrar tanda sokongan.

Seiring dengan perjalanan pelbagai acara menarik dari pelbagai agensi yang menyertai program ini, Fakulti Perubatan UiTM juga telah mengadakan pelbagai aktiviti interaktif dan pameran yang menarik mengenai bahaya asap rokok.

Satu usaha advokasi kreatif turut diadakan yang mana mahasiswa perubatan dan para pensyarah UiTM melaungkan laungan ‘Udara Bersih, Hak Kita’ berulang kali disertai dengan tepukan semangat sejurus setiap pengunjung yang hadir menandatangani papan ikrar sebagai simbolik tanda sokongan mereka kepada usaha untuk menyuarakan hak udara yang bersih dan bebas asap rokok.

Antara aktiviti menarik lain yang dijalankan di khemah pameran UiTM adalah pertandingan permainan ‘Table Soccer’, ‘Snake and Ladder’ dan ‘Roda Ria’ yang mendapat sambutan ramai tidak mengira usia.

Permainan-permainan ini adalah permainan yang telah dimodifikasi agar memberi maklumat kesihatan yang bermanfaat kepada setiap peserta kerana setiap peserta yang menyertai perlu menjawab soalan-soalan kesihatan mengenai bahaya asap rokok yang diutarakan dengan betul sebelum mendapat pelbagai hadiah yang disediakan.

Pengunjung juga berpeluang mendapat maklumat dari para pensyarah yang juga merupakan pakar-pakar perubatan mengenai cara-cara berhenti merokok dan bantuan yang boleh diterima untuk membantu mereka berhenti merokok dengan lebih berkesan.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...