> > Penanaman pokok bakau 'World Wetland Day' bersempena Sambutan Hari Bumi Sedunia
Penanaman pokok bakau 'World Wetland Day' bersempena Sambutan Hari Bumi Sedunia

SHAH ALAM - Persatuan Briged Sukarelawan UiTM Shah Alam telah berjaya mengadakan dua program alam sekitar iaitu Peringkat Kebangsaan di Langkawi, Kedah dan Peringkat Antarabangsa di Satun,Thailand bersempena dengan sambutan Hari Bumi.

Pengarah Program, Mohamad Hazman Halim berkata bahawa antara objektif program ini diadakan bertujuan memupuk dan menyemai semangat kesukarelawanan alam sekitar dalam kalangan mahasiswa universiti dalam memulihara serta memelihara alam sekitar.

Aktiviti 'Clean Up' Di Pulau Beras Basah,Pulau Langkawi.

Menerusi program ini, dapat menjadikan aktiviti sukarelawan ini sebagai sebuah aktiviti yang mampu meningkatkan nilai-nilai murni dalam kalangan mahasiswa agar peka terhadap alam sekitar.

Aktiviti utama yang dijalankan melalui program ini adalah ‘Mangrove Tree Planting’ atau penanaman pokok bakau di Kilim Geoforest Park, Pulau Langkawi dengan disertai oleh 39 pelajar UiTM Shah Alam dan sembilan wakil daripada Kolej Komuniti Langkawi.

Program ini telah dirasmikan selepas aktiviti penanaman pokok bakau oleh Pegawai Khas Zabidi Yahya, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah Mohd Firdaus Ahmad.

Manakala, penanaman pokok bakau di Thailand pula dijalankan bertempat di Kampung Ban Tok Lem, Thailand dengan disertai oleh wakil empat buah negara iaitu 20 orang mahasiswa UiTM Shah Alam, Malaysia, 20 orang mahasiswa Universiti Thaksin, Thailand, 2 orang mahasiswa Universiti Chang’An, China dan 2 orang mahasiswa Universiti Trakya, Turki.

Aktiviti ‘Clean Up’ and ‘Reusable Beg Project’ di Air Terjun Ton Nga Chang Hatyai, Thailand.

Antara aktiviti sampingan turut dijalankan adalah ‘Clean Up, Reusable Beg Project dan Trail Conservation’.

Manakala, agensi luar yang turut bekerjasama dalam menjayakan program ini adalah Trash Hero Langkawi, Office of International Affairs, UiTM Shah Alam (OIA), Kidzstudio, Persatuan Lestari Alam Malaysia dan Ecomrade.

Penasihat Briged Sukarelawan UiTM Shah Alam merangkap Pegawai Kanan Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam, Ku Hadzrill Jeeffry Ku Hamzah berkata, program seperti ini dapat memastikan agar setiap universiti sentiasa dapat mengamalkan budaya kesukarelawanan di peringkat global.

"Seterusnya, untuk mentransformasikan UiTM sebagai sebuah universiti yang sentiasa peka dan efisien dalam memberikan sumbangan berbentuk kesukarelawan di dalam dan luar negara," katanya.

Ku Hadzrill berhasrat untuk mewujudkan kesinambungan program ini dengan mengadakan ‘World Wetland Day 2.0’ pada masa hadapan kelak pada tempat yang berbeza.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...