> UTARA > Lebih dua dekad masih kekalkan rasa sama, rupanya ini resipi istimewa Bubur Lambuk Sri Sintok
Lebih dua dekad masih kekalkan rasa sama, rupanya ini resipi istimewa Bubur Lambuk Sri Sintok
SITI FATIMAH ABDULLAH Rabu | 15 Mei 2019

Sempena Ramadan al-Mubarak, ahli Kesatuan Kakitangan UUM (Keska) dari pelbagai jabatan bergotong-royong menyediakan bubur lambuk yang diedarkan kepada orang ramai sebagai juadah berbuka puasa.

Presiden Keska, Affendi Askandar berkata, program Gotong-Royong Penyediaan Bubur Lambuk 1440H merupakan sumbangan kesatuan kepada warga universiti yang diadakan untuk memeriahkan bulan Ramadan. Jelasnya, gotong-royong memasak bubur lambuk bermula pada jam 9.00 pagi yang melibatkan 8 periuk dari Keska termasuk satu periuk masing-masing dari Pusat Islam dan Pusat Rawatan Darussyifa’ yang turut mengambil bahagian.

Kakitangan bergotong royong memasak bubur lambuk.

“Kita menjemput semua ahli-ahli Keska yang berkelapangan untuk bersama-sama membantu dalam aktiviti menyedia bahan masakan, memasak, membungkus dan membersih,” ujarnya.

Beliau berharap kehadiran peserta dapat mengimarahkan lagi bulan Ramadan serta mengeratkan lagi hubungan antara ahli dalam menjayakan program ini di bulan yang mulia.

Ketua Masak, Kassim Din yang berpengalaman selama 5 tahun memasak bubur lambuk berkata, resipi ini diperoleh daripada staf UUM yang telah bersara seterusnya diubah suai mengikut selera. Warnanya yang putih jernih, bertekstur lembut hasil resipi istimewa yang diadun bersama rempah ratus yang membuka selera sehingga Bubur Lambuk Sri Sintok menjadi sebutan ramai.

“Bubur istimewa ini menggunakan pelbagai bahan-bahan antaranya daging segar, tulang, udang serta santan dan minyak sapi yang menaikkan aroma semerbak harum dan proses memasak mengambil masa yang agak lama,” katanya.

Kakitangan UUM membungkus bubur lambuk untuk diedarkan.

Menyoroti nostalgia bubur lambuk, Kassim gemar melakukan aktiviti itu ketika bertugas di Jabatan Keselamatan UUM sebelum bersara pada 2007.

“Dulu-dulu, saya hanya menolong memasak bubur lambuk sekadar suka-suka, lama kelamaan saya dapat mempelajari resipi bubur lambuk sehingga diundang oleh masyarakat untuk memasak di kampung dan taman-taman perumahan,” ujarnya.

Tidak hairanlah bubur lambuk yang dinikmati oleh warga kampus sejak lebih 2 dekad lalu masih mengekalkan rasa yang lazat seperti dahulu.

Ketua Masak, Kassim Din.
Sementara itu, Pembantu Hal Ehwal Islam, Ahmad Zabadi Mokhtar berkata, Pusat Islam sentiasa komited mengimarahkan bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti penyucian jiwa seperti majlis berbuka puasa (iftar), sembahyang terawih, membaca Al-Quran dan tazkirah. Katanya, semangat kerjasama bergotong-royong semasa menyediakan bubur lambuk dapat mengeratkan hubungan di antara staf dari jabatan lain terutamanya yang jarang berjumpa untuk bertanya khabar.

Sementara itu, Pembantu Akauntan, Sharulanisah Omar berkata, bubur lambuk yang dihasilkan Pusat Islam sememangnya dinantikan setiap kali Ramadan kerana rasa dan kelazatannya yang sukar ditandingi.

“Bubur lambuk ini memang sedap, lain dari yang lain dan menjadi pembuka selera kami sekeluarga jadi peluang memasak beramai-ramai tidak dilepaskan untuk mempelajari resipi tradisi bubur lambuk UUM yang power!

“Saya berpeluang merasai suasana meriah misalnya mengupas bawang, udang, kacau bubur dan membungkus dalam plastik setelah masak,” luahnya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...