> AKTIVITI KAMPUS > UTeM bantu pelajar sekolah menengah rancang hala tuju pengajian peringkat universiti
UTeM bantu pelajar sekolah menengah rancang hala tuju pengajian peringkat universiti

UNIVERSITI Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus berperanan besar dalam memperkasakan pendidikan secara meluas di negara kita termasuklah menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada golongan pelajar sekolah.

Selari itu, UTeM bersama Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi Negeri Melaka, Noor Effandi Ahmad telah menjayakan Program Jelajah Motivasi dan Tanggungjawab Sosial Korporat yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Pernu, Ayer Molek, Melaka pada minggu lalu.

Menurut Pengarah Pejabat Pengurusan dan Perhubungan Canselori, Fazidah Ithnin yang juga merupakan penceramah jemputan mewakili UTeM dalam program berkenaan menyatakan, seramai 246 orang pelajar tingkatan empat dan lima sekolah tersebut telah mengambil bahagian.

Fazidah sedang menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar. (FOTO UTEM)
"Antara objektif program tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai hala tuju jelas di alam pengajian universiti yang bakal ditempuhi selepas mereka tamat persekolahan dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak," jelasnya.
Sebahagian pelajar yang terlibat. (FOTO UTEM)

Selain UTeM, majlis perasmian program yang disempurnakan Noor Effandi turut melibatkan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, MARA, Melaka International College of Science and Technology (MICoST) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Melaka.

Pada program tersebut, UTeM telah menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar terlibat manakala SPRM dan MICoST telah menyumbangkan mural yang dilukis pada dinding disediakan pihak sekolah.

Delegasi yang hadir bergambar kenang-kenangan bersama pengurusan sekolah selepas tamat program. (FOTO UTEM)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...