> > Ceramah kanser dan ujian saringan pap smear beri kesedaran kepada mahasiswa
Ceramah kanser dan ujian saringan pap smear beri kesedaran kepada mahasiswa
ERAZNI OMAR, UPNM Rabu | 15 Mei 2019

SUNGAI BESI - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Pusat Kesihatan, telah menganjurkan Karnival Kesihatan Pra Ramadhan UPNM pada baru-baru ini.

Antara aktiviti pengisian yang dijalankan bersempena dengan karnival tersebut ialah Majlis Perasmian Kempen Derma Darah Pra Ramadhan Peringkat Malaysia dengan kerjasama ANSARA Malaysia dan Pusat Darah Negara yang telah diadakan bertempat di Dewan Bistari, Aras 1, Bangunan Bistari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Bergambar Selesai Majlis perasmian Karnival Kesihatan Pra Ramadhan UPNM.

Selain itu, karnival ini juga bersempena dengan penutup Kempen Bulan UPNM Sihat dan Karnival Siswa Sihat UPNM Siri II yang mana program pengisian telah dibuat sepanjang Bulan April Tahun 2019.

Bagi Program Kempen Bulan UPNM Sihat pelbagai aktiviti forum dan ceramah kepada staf telah dianjurkan seperti Forum Gangguan Jin atau Masalah Psikaitri, ceramah kesedaran kanser dan ujian saringan pap smear, ceramah childhood asthma, ceramah dental health talk, ceramah knee injuries and management serta ceramah the best diet in ramadhan month for diabetic patient.

Pameran denggi.

Bagi pengisian program Karnival Siswa Sihat UPNM Siri II Tahun 2019 pula dianjurkan oleh Kelab PROSIS UPNM (Program Siswa Sihat) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Cheras, Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPNM dan Pusat Kesihatan UPNM.

Antara program yang dijalankan adalah pertandingan melukis poster #SiswaSihat, pertandingan senam sihat serta penyertaan PROSIS UPNM ke program Big Walk Peringkat Kebangsaan.

Sepanjang hari Karnival Kesihatan ini terdapat aktiviti menarik seperti Kempen Derma Darah Pra Ramadhan, pameran kesihatan seperti cegah aedes, bahaya merokok, kawalan stress dan emosi, pameran dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, pemeriksaan kesihatan meliputi pemeriksaan BMI, darah, dan mata, hari bertemu pelanggan Jabatan Pendaftar UPNM, serta jualan produk kesihatan dari pelbagai syarikat.

Majlis ini akan dirasmikan oleh Naib Canselor, UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal.

Gimik perasmian.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah Presiden ANSARA Malaysia Datuk Kamarul Redzuan Mohamed, Wakil Kementerian Kesihatan Malaysia, Pengarah Pusat Darah Negara (PDN), Pengarah Pusat Kesihatan Universiti Awam (UA), Exco-Exco Tertinggi ANSARA Malaysia dan barisan Pengurusan Tertinggi UPNM serta warga UPNM.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...