> > Azrul Syahmi dinobatkan sebagai juara Pertandingan Melukis Poster #SiswaSihat UPNM
Azrul Syahmi dinobatkan sebagai juara Pertandingan Melukis Poster #SiswaSihat UPNM
ERAZNI OMAR, UPNM Rabu | 15 Mei 2019

SUNGAI BESI - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Kelab PROSIS UPNM dan Pusat Kesihatan, telah menganjurkan Karnival Mahasiswa Sihat UPNM Siri II Tahun 2019 dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Cheras dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPNM.

Karnival Siswa Sihat ini dijalankan sepanjang Bulan April 2019 dan majlis penutupan telah dirasmikan oleh Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Hj Abdul Halim Hj Jalal.

Antara pengisian aktiviti sepanjang karnival ini berlangsung adalah penyertaan PROSIS UPNM ke program Big Walk Peringkat Kebangsaan pada 7 April 2019 di Kuala Lumpur, pertandingan melukis poster #SiswaSihat, serta pertandingan senam sihat # SiswaSihat.

Juara senam sihat.

Penganjuran Karnival Siswa Sihat ini adalah merupakan program utama Kelab PROSIS UPNM, iaitu Program Siswa Sihat yang dijalankan secara berkala.

Manakala, Karnival Siswa Sihat Siri I ini pula telah dijalankan pada November 2017.

Pemenang bagi pertandingan Melukis Poster dan Pertandingan Senam Sihat ini menerima hadiah berbentuk wang tunai berserta hamper makanan sihat.

Juara bagi Pertandingan Senam Sihat telah dimenangi oleh Kumpulan DaBomb dan Juara bagi Pertandingan Melukis Poster #SiswaSihat ialah Azrul Syahmi Abdul Aziz.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...