> AKTIVITI KAMPUS > Tak sangka, rupa-rupanya ramai pembahas berbakat di Parlimen Mahasiswa UTHM ini...
Tak sangka, rupa-rupanya ramai pembahas berbakat di Parlimen Mahasiswa UTHM ini...
SURIAYATI BAHAROM, UTHM Rabu | 15 Mei 2019

BAGI memberi ruang dan peluang kepada penuntut menyuarakan pendapat dan cadangan untuk diusulkan kepada pihak pengurusan tertinggi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), satu slot perbahasan ‘Parlimen Mahasiswa UTHM’ telah diadakan pada 18 hingga 20 April lalu bertempat di Dewan Jemaah, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, kampus induk.

Parlimen mahasiswa ini diadakan bertujuan untuk menyediakan ruang perbincangan dan perdebatan secara intelek untuk pemimpin penuntut bersama-sama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) berkaitan isu-isu semasa dalam universiti dan hasil resolusi tersebut akan dibawa ke mesyuarat kebajikan penuntut.

Sesi perdebatan dan perbahasan seakan parlimen sebenar ini juga bertujuan mengenal pasti tahap amalan kepimpinan dalam kalangan penuntut dan mencungkil bakat kepimpinan mereka selain untuk melahirkan pemimpin yang berkarisma dan berfikiran strategik, cekap dalam pengurusan, perancangan dan membuat keputusan.
YDP MPP UTHM berucap ketika majlis perasmian pembukaan. (FOTO UTHM)

Naib Canselor UTHM, Profesor Ts. Dr. Wahid Razzaly dalam ucapan perasmiannya berharap penganjuran Parlimen Mahasiswa ini dapat mewujudkan ikon-ikon mahasiswa yang mampu menjadi teladan kepada penuntut lain selain membantu pihak pengurusan tertinggi UTHM dalam pengurusan dan pembangunan sahsiah mahasiswa.

“Saya merasa bangga dan kagum apabila dimaklumkan penganjuran parlimen mahasiswa ini diuruskan sepenuhnya oleh para penuntut.

Salah seorang peserta persidangan sedang membahaskan cadangan dan usul. (FOTO UTHM)
“Segala perkara daripada proses pengurusan sehingga membuat keputusan yang kritikal dibuat oleh penuntut sendiri berdasarkan pengalaman dan akal fikiran sendiri, di sini dapat dilihat ‘student empowerment’ yang ditonjolkan oleh jawatankuasa pelaksana,” katanya.

Parlimen mahasiswa ini melibatkan bilangan 107 ahli dewan dan empat majlis tertinggi dewan terdiri 33 ahli MPP, 53 pengerusi dari fakulti, kelab dan persatuan, lapan pengerusi majlis kepimpinan kolej kediaman, lima orang pengurus sukan dan tiga orang aktivis mahasiswa.

Persidangan tersebut melibatkan lima sidang sepanjang tiga hari parlimen berlangsung. Antara isu yang dibahaskan ialah isu Kluster Pembangunan Mahasiswa dan Sukan, isu Kluster Pentadbiran dan Pengurusan, isu Kluster Kebajikan dan Fasiliti, isu berkaitan Kluster Akademik serta Kluster Politik dan Umum.

Sebahagian peserta Parlimen Mahasiswa bersama AJK. (FOTO UTHM)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...