> Video > Klinik Badminton UiTM Shah Alam pupuk minat badminton dalam kalangan pelajar
Klinik Badminton UiTM Shah Alam pupuk minat badminton dalam kalangan pelajar
MOHD SAIFUL REZA, UITM SHAH ALAM Khamis | 16 Mei 2019

Kelab Badminton Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dengan kerjasama dari Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam anjur program Klinik Badminton di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Changgang, Banting Selangor.

Program ini diadakan di SK Bukit Changgang Banting Selangor dengan disertai seramai 27 orang fasilitator dari Kelab Badminton UiTM Shah Alam, 56 orang peserta dari SK Bukit Changgang, dan 14 orang guru pengiring dari SK Bukit Changgang.

Program Klinik Badminton ini berlangsung selama sehari dan diadakan di dewan orang ramai Bukit Changgang yang mana telah dirasmikan oleh guru besar SK Bukit Changgang, Mohamad Ali Alimin.

Program ini dilaksanakan untuk melengkapkan tugasan semester tiga di bawah subjek kokurikulum.

Menurut Pengarah Program, Mohd Saiful Reza, objektif program ini adalah untuk memupuk minat badminton dalam kalangan pelajar dan memupuk aktiviti sihat dalam kalangan pelajar dan guru.

"Klinik badminton ini juga dapat mewujudkan tiga modul teras yang diterapkan dalam penganjuran program ini iaitu kerja berkumpulan, kepimpinan dan komunikasi," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...