> ISU > Ramadan dan Syawal di Liverpool, ini yang dikongsi penuntut John Moores University... "You'll Never Walk Alone"
Ramadan dan Syawal di Liverpool, ini yang dikongsi penuntut John Moores University... "You'll Never Walk Alone"
WARTAWAN KAMPUS UOLS Khamis | 16 Mei 2019

PENGALAMAN berpuasa di perantauan, memang berbeza sama sekali dengan di tanah air apatah lagi di tempat atau negara yang berbeza budaya hidup dan masyarakatnya.

Itulah yang dikongsi seorang penuntut Malaysia di John Moores University, Liverpool, United Kingdom, Bahrom Mohd Isa.

Menerusi e-melnya kepada Kampus Uols, Bahrom yang merupakan peminat tegar pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris, Liverpool, disertai isteri dan tiga anak lelakinya turut berkongsi pengalaman menarik berhari raya di sana yang diumpamakannya sama seperti nyanyian lagu tema pasukan kegemarannya itu, You'll Never Walk Alone.

Bersama pemain Liverpool, Sadio Mane selepas solat di sebuah masjid. (FOTO BAHROM)

Salam mesra Kampus Uols,

Masih lagi dalam ‘mood happy’ kerana kejayaan Liverpool membelasah Barcelona di pusingan kedua UEFA Champion League tempoh hari. Suasana umpama pesta.

Maklum sahajalah sudah 29 tahun Liverpool tidak memenangi apa-apa piala. Sudah tentunya kali ini semua peminat meletakkan harapan tinggi.

Sempena edisi Ramadan kali ini, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman berpuasa di luar negara.

Pengalaman berpuasa di rantau orang memang amat berbeza berbanding di tanah air. Oleh kerana pada tahun ini bulan Ramadan di United Kingdom sekali lagi jatuh pada musim panas (summer), maka waktu siangnya agak panjang. Secara umumnya kami akan berpuasa selama 18 jam, bermula setelah masuknya waktu subuh di sekitar 3.30 pagi sehinggalah waktu maghrib pada jam 8.55 malam.

Walaupun waktunya agak panjang, namun ALLAH SWT itu Maha Adil dan Maha Penyayang, maka diberikan keselesaan kepada kami berupa cuaca yang dingin dan nyaman. Maka oleh yang demikian keletihan itu tidak begitu dirasai.

Farrel Aqlan bergambar bersama pemain Liverpool, Mohamed Salah. (FOTO BAHROM)

Berkerut muka Scouser tak tahan pedas

Pengalaman berhari raya di United Kingdom tidak kurang hebatnya. Hadirin dari pelbagai bangsa datang memeriahkan acara rumah terbuka kami. Ada orang Melayu, Singh, Arab dan juga Scouser (rakyat British tempatan).

Kenangan berhari raya pada 2018. (FOTO BAHROM)

Scouser tersebut adalah kenalan kepada anak kami di sekolah. Mungkin tidak tahan pedas, berkerut mukanya ketika mencuba juadah raya yang disediakan.

Menu wajib kami sudah pastinya Lodeh dan Sambal Goreng Jawa hasil air tangan isteri tersayang, Azliah Maya (Love you 3,000). Sedikit sebanyak ia dapat mengubati kerinduan kami kepada keluarga dan teman-teman di Malaysia.

Mengabadikan kenangan bergambar 'raya' di Stadium Anfield. (FOTO BAHROM)

Di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan Salam Ramadan 1440H dan Salam Aidilfitri 2019 khususnya kepada Ayahanda Mohd Isa Alias dan Bonda Siti Sazarah Roslan, juga kepada keluarga mertua Ayahanda Sukir Sufian dan Bonda Rupiah Suparman, seluruh sanak saudara dan juga yang mengenali kami di sini.

Doakan kami semua agar dipermudahkan segala urusan. Maaf Zahir dan Batin kami ucapkan. Terima kasih kepada penaja kami, Hadiah Latihan Persekutuan KPM (batch 2015). Terima kasih Kampus Uols.

“Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu”
Bahrom bersama Farrel Aqlan (kiri), Fierasz Naufal (kanan), Azliah Maya dan Fasih Riyyadh. (FOTO BAHROM)

Ikhlas dari:

Bahrom Mohd Isa

Azliah Maya Sukir

Farrel Aqlan Bahrom

Fierasz Naufal Bahrom

Fasih Riyyadh Bahrom

Lokasi: Liverpool John Moores University, United Kingdom

#salamperantau #anakmalaysia #kampusuols


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...