> > Aktivis UM guna pendekatan membaca al-Quran yang menyeronokkan kepada penghuni rumah kebajikan
Aktivis UM guna pendekatan membaca al-Quran yang menyeronokkan kepada penghuni rumah kebajikan
NAHRIZUL ADIB KADRI, UM Khamis | 16 Mei 2019

AKTIVITI menyantuni penghuni rumah-rumah kebajikan, terutamanya penghuni kanak-kanak, banyak dilakukan mahasiswa dan sukarelawan sepanjang Ramadan.

Bagi sekumpulan 44 orang sukarelawan dari Universiti Malaya (UM), mereka memilih untuk menyantuni lebih 50 orang penghuni kanak-kanak di Pusat Jagaan Nuri, Taman Ayer Panas, Kuala Lumpur dan Rumah Bakti Nur Syaheera, Taman Jaya Baru, Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kuiz dalam bentuk permainan turut disediakan untuk para peserta. (FOTO UM)

Program dinamai ‘Royal #QuranHour’ ini merupakan anjuran Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah UM dan menggunakan pendekatan al-Quran untuk kesemua aktiviti yang dilakukan.

“Para peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan, mengikut tahap pembelajaran dan umur mereka, yang berada dalam lingkungan antara 3 hingga 18 tahun,” kata Noor Nadhirah Noor Khan, 22, mahasiswa tahun akhir Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM yang juga pengarah program.

NOOR NADHIRAH
Menariknya, sukarelawan turut menyediakan aktiviti-aktiviti menyeronokkan untuk para peserta dan tidak terhad kepada aktiviti bacaan ayat al-Quran semata-mata.

“Melalui nasihat yang diterima dari Lajnah Huffaz UM, kami telah mengadakan aktiviti berkumpulan untuk para peserta, termasuklah sesi pengenalan diri, dan permainan kuiz,” kata Noor Nadhirah lagi.

Teknik digunakan bersesuaian dengan tahap pembelajaran peserta

Sementara pensyarah kanan Fakulti Sains UM selaku penasihat ‘Royal #QuranHour’, Dr. Mohd. Istajib Mokhtar berkata, fokus dan teknik pengajaran yang ditekankan untuk setiap tahap pembelajaran peserta adalah berbeza.

MOHD ISTAJIB MOKHTAR
“Contohnya, peserta yang dikategorikan dalam Tahap 1 akan belajar mengenali huruf hijaiyyah terlebih dahulu. Pembelajaran tersebut diadakan dengan menyanyi sambil menyebut huruf-huruf tersebut bagi memudahkan mereka untuk mengingatinya. Kemudian, sukarelawan akan mengadakan kuiz berbentuk permainan untuk menguji pemahaman peserta.
Kuiz dalam bentuk permainan, antara aktiviti yang menarik para peserta. (FOTO UM)

"Manakala bagi peserta dari Tahap 2, sukarelawan akan mengajar hukum-hukum tajwid, dan seterusnya mengadakan sesi tilawah bacaan al-Quran. Kuiz berbentuk permainan juga diadakan supaya mereka tidak cepat bosan dan tertekan,” katanya.

Program ini dilakukan secara mingguan di kedua-dua lokasi rumah kebajikan dan menerima tajaan juadah makanan daripada pengusaha makanan yang prihatin.
Peserta turut beraktiviti secara fizikal. (FOTO UM)

“Saya berharap agar program ini akan diteruskan pada masa akan datang kerana program ini sangat bermanfaat dan mampu membantu kanak-kanak di rumah-rumah kebajikan untuk mempelajari dan memperbaiki bacaan al-Quran dengan cara yang berkesan dan lebih menyeronokkan.

"Mereka tidak akan cepat rasa bosan kerana ia merupakan pembelajaran tidak rasmi, diadakan secara santai, dan disertai dengan teknik permainan bagi setiap kuiz.
Peserta Rumah Bakti Nur Syaheera dan sukarelawan bergambar kenangan. (FOTO UM)

"Selain itu, program ini secara tidak langsung juga menyediakan ruang kepada mahasiswa universiti untuk mendekati segmen masyarakat yang memerlukan sokongan, terutamanya golongan kanak-kanak yang amat memerlukan kehadiran individu yang boleh dijadikan suri teladan,” jelas Noor Nadhirah lagi.

Peserta Pusat Jagaan Nuri dan sukarelawan. (FOTO UM)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...