> > Buat julung kali, UniSZA peruntuk hampir RM500,000 duit raya untuk penuntutnya!
Buat julung kali, UniSZA peruntuk hampir RM500,000 duit raya untuk penuntutnya!
BERNAMA Khamis | 16 Mei 2019

KUALA NERUS - Buat julung kalinya Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan mengagihkan sumbangan duit raya sebanyak RM495,500 kepada 9,910 pelajar menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata sumbangan duit raya akan diberikan kepada semua pelajar Diploma dan Ijazah di universiti tersebut.

"Sumbangan duit raya ini mencerminkan komitmen universiti dalam menjaga kebajikan pelajar. Universiti juga berhasrat menyuburkan budaya kasih sayang dan berharap pelajar gembira sepanjang belajar di UniSZA," katanya pada Majlis Iftar Perdana bersama pelajar UniSZA dan komuniti sekitar, di sini hari ini.

Katanya kesemua pelajar itu akan menerima duit raya sebanyak RM50 setiap orang termasuk pelajar bukan muslim bermula minggu hadapan. Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Dr Muhammad Nur Manuty dan Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Madya Dr Mohd Afandi Salleh. -- Bernama


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...