> TERENGGANU > Bekas TNC UniSZA dilantik Naib Canselor Unimap baharu
Bekas TNC UniSZA dilantik Naib Canselor Unimap baharu
BERNAMA Rabu | 15 Mei 2019

ARAU - Bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Ir Ts Dr R. Badlishah Ahmad dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Badlishah, 49, dilantik menggantikan Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal yang tamat tempoh perkhidmatan secara rasmi semalam selepas menjawat jawatan itu sejak 2016.

Majlis serah-terima tugas itu diadakan di Lounge Perpustakaan UniMAP disaksikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP serta Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP.

Badlishah adalah antara individu terawal menyertai UniMAP (sebelum ini Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia) pada awal penubuhannya sebagai Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan.

Beliau yang berasal dari Kajang, Selangor, akan berkhidmat sebagai Naib Canselor ketiga UniMAP selama tiga tahun sehingga 14 Mei 2022.

Ketika bercakap kepada media kemudian, Badlishah yang pernah berkidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, berazam memastikan kebolehpasaran graduan UniMAP terus meningkat selain memastikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) terus diperkasakan. ​​​​​​​

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP, Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata beliau yakin Badlishah mampu mengemudi UniMAP mencapai tahap terbaik berdasarkan kelayakan dan pengalamannya yang luas dalam bidang kejuruteraan dan pentadbiran universiti.

"Saya ​​​​​​​ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Zul Azhar kerana banyak memberi sumbangan memajukan UniMAP termasuk mendapat penarafan Quacquarelli Symonds (QS) - Lima Bintang bagi Audit QS Stars untuk tempoh 2019-2021," katanya.

UniMAP juga ​​​​​​​disenaraikan antara 500 universiti terbaik mengikut QS World University Ranking by Subject bagi bidang Kejuruteraan dan Teknologi.

Tuanku Syed Faizuddin pula yang berkenan mengucapkan tahniah kepada Badlishah atas pelantikan itu berharap beliau dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti untuk memacu UniMAP menjadi antara universiti terhebat di samping memperkasa Revolusi Industri 4.0. -- Bernama


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...