> PERAK > 177 anak yatim dan miskin terima kelengkapan raya daripada UTP
177 anak yatim dan miskin terima kelengkapan raya daripada UTP
BERNAMA Khamis | 16 Mei 2019

IPOH - Seramai 177 orang anak yatim serta kurang berkemampuan dari lima rumah kebajikan di negeri ini menerima baucar untuk membeli kelengkapan baju raya daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Pengarah Kanan Komunikasi Korporat UTP, Shamsina Shaharun berkata setiap penerima sumbangan menerima baucar bernilai RM200 yang disediakan oleh Yayasan Petronas manakala duit raya RM50 disumbangkan hasil kutipan oleh kakitangan UTP.

Penerima sumbangan itu adalah dari Yayasan Amanah An Nur Maisarah, Chemor; Asrama Darul Salam, Ipoh; Pertubuhan Rumah Amal Haruman Kasih, Ayer Tawar; Rumah Anak-anak Yatim Soleha, Tanjung Tualang dan Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah, Parit.

"Buat pertama kalinya UTP dengan kerjasama Yayasan Petronas menampilkan kelainan pada tahun ini dengan membawa kesemua anak-anak tersebut ke pusat membeli-belah untuk memilih sendiri barangan kelengkapan Aidilfitri.

"Secara tidak langsung, kita dapat membantu golongan yang tidak bernasib baik menikmati kemeriahan Aidilfitri seperti kanak-kanak yang lain," katanya ketika ditemui pemberita di pasar raya Mydin di Meru Raya di sini hari ini.

Sementara itu, Nur Fisyahril Jihan Abdullah, 15, berkata dia bersama lima lagi adiknya yang turut menerima sumbangan itu sangat gembira dapat menyambut Aidilfitri awal bulan depan dengan pakaian baharu.

"Saya dan adik-adik sangat seronok bila dipilih oleh pihak UTP membeli baju raya dan antara yang kami beli ialah jubah, kurta, songkok, kain sampin, tudung dan baju kurung.

"Saya ucapkan terima kasih kepada UTP dan Yayasan Petronas kerana ambil peduli ke atas nasib kami yang serba kekurangan sejak kehilangan ayah pada 2014 akibat sakit berkaitan hati," katanya yang tinggal di Asrama Darul Salam bersama lima adik-beradiknya yang berusia antara 14 hingga lima tahun.

Seorang lagi anak yatim dari Persatuan Kebajikan Rumah Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah, Syed Noraiman Syed Kamaruzzaman, 13, melahirkan rasa teruja kerana dapat membeli kelengkapan raya berbanding tahun sebelumnya.

"Saya baharu setahun di rumah kebajikan dan ini merupakan kali pertama saya dibawa membeli baju melayu, songkok, samping dan kasut yang saya sendiri pilih," katanya yang kehilangan ayah sejak kecil lagi. -- Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...