> AKTIVITI KAMPUS > Speak Up To Conquer, pendedahan awal penuntut tentang kesenian dalam pengucapan awam
Speak Up To Conquer, pendedahan awal penuntut tentang kesenian dalam pengucapan awam

AYER KEROH – Bagi memberi pendedahan awal kepada penuntut tentang kesenian dalam pengucapan awam, satu program dinamai Speak Up To Conquer telah dilaksanakan oleh Kursus Seni Penghujahan (QKT2101) Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini.

Dalam program anjuran Pusat Kokurikulum & Pelajar dari Kursus Seni Penghujahan Kumpulan 3 dengan kerjasama pihak Zoo Melaka, ia dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti bersama komuniti.

Para peserta diberikan taklimat ringkas setelah tiba di Zoo Melaka sebelum memulakan aktiviti. (FOTO UPM)
Dalam kepentingan menimbulkan kesedaran tentang perlunya kemahiran berinteraksi dengan orang awam, para penuntut dari kursus ini juga didedahkan tentang cara-cara berucap mengikut teknik-teknik yang betul.

Sehubungan itu, program bukan sahaja dapat memupuk semangat berpasukan dalam kalangan peserta, malah semangat kepimpinan dalam kalangan mahasiswa supaya melibatkan diri dalam bidang pengucapan selain dalam bidang akademik.

Sebahagian mahasiswa yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan aktiviti pembersihan kandang bersama zookeeper. (FOTO UPM)

Antara aktiviti yang dijalankan adalah kesukarelawanan pada waktu pagi dan mini games selesai makan tengah hari.

Dalam aktiviti pertama, para penuntut telah dibahagikan kepada beberapa pasukan dan diberikan tugasan untuk membantu zookeeper melaksanakan tugasan mereka iaitu membersihkan kandang haiwan di Zoo Melaka.

Aktiviti pembersihan kawasan dipantau pihak zoo. (FOTO UPM)

Di samping itu, terdapat beberapa lagi aktiviti kecil iaitu penyelesaian ‘puzzle’ (berbentuk segi tiga), Animal Guessing, Charades dan Jump & Snap.

Kesimpulannya, program ini turut memberi peluang kepada mahasiswa dari kursus ini untuk keterampilan diri dan keyakinan tinggi melalui kemahiran bercakap aras tinggi dan memberi kesedaran tentang kepentingan pengucapan awam yang baik terhadap kejayaan masa depan diri.

Para peserta program Speak Up to Conquer. (FOTO UPM)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...