> IKON > Kata guru jadi azimat, hingga lahirkan Hasanuddin Ikon Kepimpinan dan Kesukarelawanan
Kata guru jadi azimat, hingga lahirkan Hasanuddin Ikon Kepimpinan dan Kesukarelawanan
ZULFADLI ADENAN Jumaat | 17 Mei 2019

IKHLAS dalam perjuangan, itulah semangat juang yang dibawa oleh mantan Presiden Sekretariat Mahasiswa Fakulti, Fakulti Sains Kesihatan (FSK) bagi sesi 2017/2018 dalam meneruskan agenda di setiap perkara di dalam kehidupan.

Wan Hasanuddin Wan Abd. Halim, 24, penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan dengan kepujian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam mengakui pesanan gurunya supaya sentiasa ikhlas ketika melakukan sesuatu perkara ketika dia menjadi Ketua Pengawas di Sekolah Rendah Kebangsaan Tok Dir pada tahun 2007 telah banyak membimbingnya di alam remaja dan belia.

Kata-kata gurunya di sekolah rendah itu membuatkan Hasanuddin gemar mengiatkan diri di dalam aktiviti kesukarelawan dan kemasyarakatan tidak kira di peringkat universiti mahupun di peringkat komuniti.

Hasanuddin (baris atas, kanan) ketika menjadi sukarelawan di Kampung Triang, Pahang selepas banjir besar melanda di negeri itu.

Hasanuddin pernah menjadi penggerak 1 Malaysia for Youth (iM4U) pada tahun 2015 untuk mengedarkan barang keperluan kepada mangsa banjir di Kuala Terengganu semasa negeri itu terjejas teruk dengan bencana alam.

Membawa semangat suara responsif ketika menyandang jawatan NYDP kolej Angsana.

Tambahan pula, ketika itu, Hasanuddin menggalas jawatan sebagai Naib Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Kolej Angsana yang mana beliau diberikan tanggungjawab penuh untuk mencari sukarelawan-sukarelawan di peringkat kolej bagi membantu sukarelawan di peringkat universiti.

Hasanuddin bersama Penasihat Persatuan dan ahli-ahli SMF FSK sesi 1718 semasa menyandang jawatan sebagai presiden SMF FSK.

Selain itu, Hasanuddin juga pernah melibatkan diri dengan program inovasi di UiTM dan antarabangsa. Antara program yang disertai adalah “International Innovation, Invention & Creation Exhibition 2018 (IIICE 2018)” dan “International Engineering Sciences Innovation Exhibition (I-ESIX 2018)”.

Anugerah Silver Award semasa menyertai pertandingan inovasi peringkat antarabangsa.

Program inovasi yang membawa idea tentang kemahiran Magnetic Resonance Spectroscopy itu telah berjaya memikat hati juri dan membawa Hasanuddin dan rakan-rakannya memperoleh anugerah silver bagi kedua-dua acara itu.

Tentunya program sebegini sedikit sebanyak membantu dirinya untuk menjadi lebih yakin ketika membentangkan apa jua kertas kerja pada masa hadapan terutama apabila perlu berucap di hadapan juri yang terdiri dari kalangan pensyarah dan penggiat industri.

Juga tidak ketinggalan, ketika cuti semester, Hasanuddin sentiasa berusaha mencari kerja-kerja kosong sebagai persiapan untuk ke semester seterusnya. Antara pekerjaan yang pernah digalas oleh Hasanuddin ketika cuti semester adalah pelayan restoran, pembuat burger dan menjual minuman di Bandar Kuala Terengganu.

Cuti semester dihabiskan dengan membuat kerja sambilan.

Hasanuddin sedar, walaupun dilahirkan di dunia ini dengan bekalan belanja yang cukup daripada keluarga, adalah elok bagi dirinya untuk berusaha sendiri bagi mencari duit belanja sewaktu belajar di universiti. Sesungguhnya perkara ini dapat mengajar dirinya tentang pengorbanan ibu bapa bagi mencari rezeki untuk keperluan keluarga.

Hasanuddin mengakui, setiap apa jua anugerah yang diperoleh di dunia adalah anugerah ALLAH yang disertakan dengan doa ibu bapa dan kawan-kawan.

Hasanuddin bersama keluarganya meraikan Hari Konvokesyennya.

Bagi Hasanuddin, tanpa pergorbanan ibu, Ainiza Ali, dan bapa, Wan Abdul Halim Wan Yahya, belum tentu dia mampu mencapai kejayaan sepertimana sekarang.

Tentulah setiap dorongan dibantu oleh kawan-kawan yang sentiasa berada di sisi ketika susah dan senang. Hasanuddin berhasrat pada masa hadapan, dia ingin membantu masyarakat dengan bercita-cita untuk menjadi seorang Juru-Xray atau Pegawai Tadbir Diplomatik.

Jika diberi peluang, Hasanuddin mungkin akan bergiat dengan lebih aktif dalam bidang politik bagi membantu dan menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...