> > Program mobiliti dan Jaringan Pendidikan Antarabangsa FoSRec ke Universiti Chulalongkorn perkukuh hubungan dua hala
Program mobiliti dan Jaringan Pendidikan Antarabangsa FoSRec ke Universiti Chulalongkorn perkukuh hubungan dua hala

BANGKOK – Seramai 21 orang peserta program yang terdiri daripada 12 orang pensyarah serta 11 orang mahasiswa dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban telah mengadakan lawatan akademik ke Universiti Chulalongkorn, Thailand bersempena Program Mobiliti dan Jaringan Pendidikan Antarabangsa.

Program yang berlangsung selama empat hari itu merupakan program antarabangsa yang julung kali diadakan anjuran Persatuan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FoSRec), UiTM Kampus Seremban bertujuan untuk memberi peluang dan pengalaman kepada mahasiswa dan pensyarah fakulti bagi mengadakan lawatan dan perbincangan akademik bersama pihak Universiti Chulalongkorn, Thailand.

Program Mobiliti dan Jaringan Pendidikan Antarabangsa mahasiswa dari UiTM Kampus Seremban ke Universiti Chulalongkorn, Thailand

Melalui program ini, perbincangan meja bulat yang memfokuskan kepada akademik berkaitan sains sukan telah dicapai oleh kedua-dua buah universiti.

Melalui lawatan akademik ini, peserta dapat bertukar idea dan pendapat serta mempelajari ilmu baru terutama sekali berkaitan fasiliti sukan dan teknologi canggih yang digunakan oleh Fakulti Sains Sukan di Universiti Chulalongkorn bagi meningkatkan prestasi atlet di negara tersebut.

Menurut penasihat program Mobiliti dan Jaringan Antarabangsa, Mohamad Firdaus Ahmad, program seperti ini dijalankan supaya mahasiswa mendapat pendedahan meluas mengenai kemajuan teknologi dan fasiliti yang ada bagi pembangunan sukan atlet.

“Pendedahan ini akan membuka mata para peserta yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kemudahan dan teknologi sukan yang disediakan di sini.
"Terdapat kemudahan sukan yang canggih digunakan di Universiti Chulalongkorn dan kita boleh mengikut jejak langkah mereka untuk menjadi lebih baik,” katanya.

Selain daripada lawatan akademik, delegasi ini turut terlibat dengan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang telah dijalankan di Masjid Raudhatul Jannah, Bangkok.

Aktiviti gotong-royong membersihkan masjid telah dilakukan oleh peserta bersama penduduk setempat dan penghuni asrama yang terdapat di masjid tersebut.

Sumbangan kewangan turut disalurkan kepada ahli jawatankuasa (AJK) masjid bagi membantu kos pengurusan masjid pada masa akan datang.

Pihak persatuan berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana banyak memberi impak positif kepada peserta, universiti mahupun negara kerana dapat mewujudkan hubungan yang harmoni antara universiti dan negara.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...