> SEL KL > MMU dan STV perkukuh bidang keusahawanan dan inovasi teknologi
MMU dan STV perkukuh bidang keusahawanan dan inovasi teknologi
SAHBULAH MOHAMAD DARWI Jumaat | 17 Mei 2019

CYBERJAYA – Universiti Multimedia (MMU), institusi yang berstatuskan Premier Digital Tech University, dan SIRIM Tech Venture Sdn Bhd (STV), yang dimiliki oleh SIRIM Berhad, memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam bidang keusahawanan dan inovasi dalam era Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) apabila menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) baru-baru ini.

Perjanjian tersebut membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama memajukan bidang teknologi inovasi dan pengkomersialan keusahawanan di samping berkongsi kepakaran teknikal.

Dr Hairul Azhar (dua dari kiri) dan Ajmain Kasim bertukar dokumen perjanjian MoU di ITEX, KLCC, Kuala Lumpu.

Dokumen perjanjian berkenaan ditandatangani oleh Naib Presiden Penyelidikan dan Inovasi MMU, Dr Hairul Azhar Abdul Rashid, dan Ketua Pegawai Eksekutif STV, Ajmain Kasim, di Pameran Ciptaan Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX), KLCC, Kuala Lumpur.

Dr Hairul Azhar berkata, kerjasama tersebut membuktikan kesinambungan MMU yang terus ke hadapan dalam bidang tersebut.

“MMU sentiasa menjadi perintis dalam industri pengajian tinggi negara kerana ia bukan sahaja terkemuka dalam bidang teknologi maklumat dan industri kreatif, tetapi memberi fokus dalam usaha melahirkan graduan yang memiliki kemahiran insaniah.
"Sebab itu, graduan MMU terbukti memiliki kebolehpasaran yang tinggi dalam pasaran kerja dalam dan luar negara,” katanya.

Tambahnya, MoU ini terus membina kekuatan MMU dalam memupuk nilai keusahawanan berasaskan teknologi dalam kalangan pelajar.

“Ini kerana MMU akan terus melahirkan graduan yang bukan sekadar pencari pekerjaan tetapi juga pencipta pekerjaan iaitu mereka membuka perniagaan yang seterusnya menyediakan peluang kerja kepada orang lain,” katanya.

Menurut Dr Hairul Azhar lagi, MMU memberi fokus kepada perkara itu melalui program pembangunan keusahawanan yang dijalankan oleh jabatan khusus iaitu Pusat Pembangunan Keusahawanan (EDC).

“Maka, MoU ini menjadi pemangkin untuk meningkatkan lagi kemahiran dan ilmu terkini keusahawanan dalam kalangan mahasiswa yang mana mereka bebas memilih untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan selepas menamatkan pengajian pada masa depan,” katanya.

Dalam nada yang sama, Ajmain Kasim berkata, beliau telah memperkukuhkanl initiatif kerjasama dengan melaksanakan pendekatan ‘sandbox approach’ yang dimajukan oleh STV.

“Kerjasama STV dengan MMU akan melahirkan ilmu pengetahuan secara dekat dalam kesediaan menerokasi perniagaan komersil.
"Kerjasama MoU ini juga membolehkan kedua-dua pihak memindahkan kemahiran teknikal serta melaksanakan program pembangunan dan perkhidmatan secara bersama oleh MMU dan STV," katanya.

MMU bakal meraih faedah dalam perkongsian pengalaman STV, kajian inovasi, bengkel dan sebagainya menerusi kerjasama MoU tersebut.

Antara tajuk kajian yang bakal dikembangkan ialah model perniagaan interaktif, laluan komersil, pengurusan teknologi, portfolio pasaran, kajian pasaran, teknologi radar, profilnya, dan sebagainya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...