> > MB gesa belia Negeri Sembilan sertai World #QuranHour
MB gesa belia Negeri Sembilan sertai World #QuranHour
SARINAH MAT KASIM Sabtu | 18 Mei 2019

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan mempelawa semua masyarakat terutamanya golongan belia menyertai program World #QuranHour yang akan berlangsung secara serentak seluruh dunia pada 30 Mei ini bersamaan 25 Ramadan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, amalan membaca dan menghayati al-Quran merupakan perkara yang dituntut bagi melahirkan ummah yang sejati.

Katanya, pemilihan Surah Al-Kahfi itu membawa maksud tersirat yang sangat besar, malah golongan belia kini perlu sentiasa diingatkan betapa hebatnya pemuda yang dikisahkan dalam surah itu, yang memperjuangkan syariat Islam untuk dijadikan contoh.

“Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar dan semangat, khususnya kepada pemuda-pemuda di negeri ini agar menjadikan al-Quran itu sebagai pegangan dalam hidup.
“Harap-harap Negeri Sembilan terus makmur dan maju serta mendapat keberkatan ALLAH SWT,” katanya.

Tambahnya, belia di negeri ini dinasihatkan supaya meluangkan masa hanya sejam sahaja, bagi sama-sama memeriahkan program #QuranHour yang akan berlangsung tidak lama lagi, di lokasi utama Kompleks Islam Tuanku Muhriz,Universiti Sains Islam Antarabangsa (USIM) bermula jam 12 tengah hari sehingga jam 1 petang.

Pada tahun ini, Surah Al-Kahfi, surah ke 18 dipilih sebagai panduan menghadapi zaman yang penuh cabaran, bersatu untuk membentuk ummah yang berbudi dan penyayang dalam menangani dan melahirkan solusi terhadap empat cabaran sejagat iaitu keyakinan, harta, ilmu pengetahuan dan kekuasaan.

Gerakan #QuranHOur telah bermula pada tahun 2015 di bawah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, program satu jam bersama al-Quran sebagai sebuah permulaan untuk melakukan perubahan minda melalui al-Quran, Tadabbur, Tazakkur (QTT), mengambil nilai-nilai dari al-Quran sehingga lahir akhlak sebagai muslim sejati.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...