> > Wan Saiful kurang bersetuju idea sekatan peminjam PTPTN culas
Wan Saiful kurang bersetuju idea sekatan peminjam PTPTN culas
MOHD HAFIZ ISMAIL Sabtu | 18 Mei 2019

SHAH ALAM - Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan menegaskan beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan cadangan supaya peminjam yang culas membayar semula pinjaman perlu dihalang ke luar negara.

Beliau yang menafikan cadangan itu daripada PTPTN berpendapat bahawa hukuman itu terlalu menekan peminjam.

Malah katanya, cadangan itu menunjukkan bahawa PTPTN tidak bertimbang rasa terhadap peminjam.

“Sejujurnya saya pun tidak selesa dengan cadangan berkenaan (sekatan ke luar negara dan larangan perbaharui lesen memandu), tetapi sekali lagi saya tegaskan ia adalah cadangan daripada perbincangan antara PTPTN dengan kumpulan tertentu dalam rundingan meja bulat sebelum ini.
“Kita (PTPTN) belum menyatakan keputusan sepenuhnya lagi kerana ia masih di peringkat rundingan, cuma rakyat tersalah faham seolah-olah PTPTN sudah bersedia untuk melaksanakannya berdasarkan laporan sebuah portal berita semalam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Media melaporkan cadangan supaya PTPTN menguatkuasakan semula sekatan terhadap peminjam culas merupakan antara idea yang dikemukan pihak berkaitan hasil daripada sesi libat urus yang dijalankan.

Alasan bagi cadangan tersebut kerana ia berkesan ke atas peminjam PTPTN yang culas tidak membayar pinjaman bertujuan untuk mendisiplinkan mereka.

PTPTN juga dikatakan sedang meneliti beberapa cadangan lain untuk mengutip baki pinjaman pendidikan, termasuk menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan kepada Kabinet.

Dalam pada itu Wan Saiful berkata, pihaknya memilih untuk membincangkan setiap cadangan secara umum supaya semua pihak mengetahui perkara yang dibincangkan antara PTPTN dengan beberapa kumpulan profesional.

Wan Saiful juga meminta agar semua pihak termasuk parti politik tidak terlalu gopoh menuding jari kepada PTPTN mengenai cadangan yang dikemukakan oleh kumpulan berkenaan.

Sementara itu ditanya adakah pihak PTPTN tetap akan membawa cadangan menyenarai hitam peminjam kepada Kabinet sekiranya ia merupakan idea paling popular diutarakan menerusi konsultasi rakyat.

Wan Saiful berkata, beliau akan mengemaskini cadangan dan idea yang diberikan selepas seminggu konsultasi berjalan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...