> > Mahu lebih penghayatan silang budaya: Maszlee
Mahu lebih penghayatan silang budaya: Maszlee
MOHAMAD NORZAHARUDDIN KASIMON Ahad | 19 Mei 2019

SIMPANG RENGGAM - [DIKEMASKINI] Kementerian Pendidikan mahu sekolah dan universiti di negara ini menekankan lebih penghayatan mengenali silang budaya dan kaum supaya perpaduan berbilang bangsa terus dapat dipupuk.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, beliau juga konsisten dengan cadangannya sebelum ini yang mahukan agar setiap sekolah dan universiti di negara ini mengadakan program merentas budaya dan kaum secara kerap.

"Baru-baru ini sewaktu saya ke Pulau Pinang, saya telah lihat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) ada kerjasama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan di negeri Johor kita ada Sekolah Islam Hidayah (SIH) yang aktif buat program bersama sekolah-sekolah vernakular lain.
"Jadi, kita galakkan sekolah berlainan aliran ini untuk buat program silang budaya ini dan biasanya silang budaya ini lebih kepada perayaan dan kalau boleh kita hendak pergi lebih jauh daripada itu untuk saling memahami budaya masing-masing," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam ditemui pada sidang media Penyerahan Plak Program Bantuan Rumah Harapan di Kampung Parit Haji Hashim, di sini petang semalam.

Menurutnya, beliau turut menegaskan apa yang penting adalah penghayatan bagaimana para pelajar saling menghayati dan berinteraksi melalui aktiviti-aktiviti yang lebih praktikal seperti kokurikulum dan sebagainya.

Beliau mengulas kenyataan Presiden MBM, Jufitri Joha yang dilaporkan bahasa subjek pendidikan agama Islam yang diajar di sekolah pada masa kini adalah baik, namun ia hanya memberi fokus kepada satu agama tanpa memahami agama lain.

Menurutnya, apa yang penting adalah penghayatan bagaimana pelajar Saling menghayati dan berinteraksi melalui aktiviti yang lebih praktikal seperti kokurikulum.

"Cadangan tersebut tidak bermaksud negara bakal mengamalkan kesamarataan agama tetapi lebih kepada memupuk perpaduan dan memahami sensitiviti penganut pelbagai agama di negara ini," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...