> PERAK > UPSI nafi dakwaan tidak benarkan penulisan tesis dalam bahasa Tamil
UPSI nafi dakwaan tidak benarkan penulisan tesis dalam bahasa Tamil
WARTAWAN KAMPUS UOLS Ahad | 19 Mei 2019

TANJUNG MALIM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menafikan dakwaan kononnya institusi berkenaan tidak membenarkan penulisan tesis Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bahasa Tamil.

Menurut Bahagian Komunikasi Korporat UPSI dalam kenyataan hari ini, Peraturan Akademik UPSI yang sedia diguna pakai membenarkan penulisan tesis atau disertasi dalam bahasa Tamil, Cina, Arab bagi program atau pengajian tersebut sejak Januari 2011.

“Pihak UPSI memandang serius terhadap dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat atau berita palsu,” menurut kenyataan itu.

Laporan yang dikeluarkan dalam sebuah akhbar Tamil hari ini mendakwa UPSI melaksanakan peraturan baharu iaitu tesis pengajian bahasa Tamil di peringkat sarjana dan PhD tidak boleh ditulis atau tidak boleh disediakan dalam bahasa Tamil.

Laporan itu juga mendakwa keputusan tersebut baharu dilaksanakan, bagaimanapun ia tidak menyebut tarikh pelaksanaan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...