> > Kuota Matrikulasi: UPSI sokong Dr. Maszlee
Kuota Matrikulasi: UPSI sokong Dr. Maszlee
WARTAWAN KAMPUS UOLS Ahad | 19 Mei 2019

TANJUNG MALIM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyokong keputusan kerajaan mengekalkan kuota kemasukan 90 peratus pelajar Bumiputera dan 10 peratus bukan Bumiputera bagi program matrikulasi universiti awam sekaligus .

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, UPSI menyokong kenyataan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik mengenai perlunya dikekalkan kuota kepada matrikulasi agar pelajar-pelajar Bumiputera mampu memasuki institusi pengajian tinggi khususnya universiti awam di Malaysia.

upsi 1
“Sekiranya kuota tersebut ditarik balik, masyarakat Bumiputera akan menghadapi masalah untuk memasuki mana-mana Institut pengajian tinggi awam (IPTA) berikutan golongan masyarakat bumiputera menghadapi masalah untuk memasuki Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan kolej antarabangsa kerana kekangan dari aspek ekonomi .
“Kerajaan membuat kuota ini agar berlaku keseimbangan di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera untuk belajar di institusi pengajian tinggi negara sama ada di peringkat swasta ataupun awam,” katanya.

Tambah beliau, dalam kenyataan Dr. Maszlee ketika sesi soal jawab bersama penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) bahawa keadilan bukan hanya dalam aspek kuota kaum untuk kemasukan program matrikulasi tetapi juga kelayakan dalam memohon pekerjaan.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran.

Dr Mohammad Shatar berkata, banyak tempat dan peluang pekerja pada hari ini seolah-olah berlaku diskriminasi apabila majikan meletakkan kefasihan dalam bahasa Mandarin sebagai salah satu syarat untuk diterima bekerja.

“Itu sebab umumnya UPSI menyokongkan kenyataan Dr Maszlee untuk mengekalkan kuota kepada pelajar Bumiputera memasuki mana-mana matrikulasi dalam meneruskan agenda masyarakat Bumiputera untuk mengikuti pengajian pendidikan tinggi dalam negara,” tegas beliau.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...