> > PTPTN terbuka semua cadangan proses bayaran balik
PTPTN terbuka semua cadangan proses bayaran balik
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR Isnin | 20 Mei 2019

JERLUN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mempertimbangkan semua kaedah termasuk memberikan insentif bagi memastikan proses bayaran balik peminjam dapat dilakukan lebih berkesan.

Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata, cadangan itu diterima pihaknya dan perlu diutarakan semua pihak ke dalam portal perbadanan itu di Bahagian A iaitu data dan fakta dan Bahagian B yang melibatkan idea dari sesi meja bulat.

"Kita kumpul pandangan itu dulu. Saya kena amanah dengan semua pandangan, ada yang baik ada yang tak selesa tapi kita tidak boleh kata jangan bagi pandangan.
"Dalam hal ini tak wajar saya kata saya suka idea itu dan saya tidak suka pada idea yang satu lagi. Kita kumpul dan angkat semua cadangan dan beri kepada Kementerian Pendidikan," katanya pada Program Jelajah Ramadan PTPTN Prihatin di Pekarangan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jerlun di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan diutarakan penganalisis ekonomi, Prof Dr Madeline Berma yang berpendapat pemberian insentif dapat menggalakkan peminjam dan memudahkan untuk membayar balik hutang.

318926

ARTIKEL BERKAITAN: Sekatan perjalanan ke luar negara tidak wajar: Wan Azizah

ARTIKEL BERKAITAN: Bacalah, jangan mudah kecam: Wan Saiful

Menurutnya, kertas konsultasi yang sedang diusahakan pihaknya penting supaya semua pihak dapat memberikan pandangan dan cadangan.

"Semua pihak boleh mengeluarkan sebarang pandangan melalui semua medium media sosial tapi kita ada saluran rasmi di portal PTPTN.
"Ada faedahnya untuk sesiapa beri komentar tapi dari segi maklumat itu tak sampai jadi ia satu kerugian. Selepas perang dalam WhatApps dan gaduh dalam Facebook, mereka boleh ke laman rasmi dan beri pandangan," katanya.

Wan Saiful berkata, bermula pada minggu ini pihaknya akan mengadakan taklimat umum dan menjemput semua pihak untuk sama-sama ke beberapa lokasi yang ditetapkan.

"Kebanyakan tempat yang kita pilih dan adakan 'townhall' bermula 25 Mei ini ialah universiti di beberapa tempat di seluruh negara kerana yang terkesan dalam hal ini adalah mahasiswa," katanya.

Sementara itu, pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan zakat PTPTN untuk Kedah berjumlah RM202,500.

"Negeri lain juga akan menerima sumbangan zakat ini namun ia berbeza-beza mengikut negeri. Jumlah zakat keseluruhan 2018 yang disumbangkan adalah berjumlah lebih RM7 juta," katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...