> PERAK > ABIM Perak mohon sumbangan orang ramai
ABIM Perak mohon sumbangan orang ramai
WARTAWAN SINAR HARIAN Selasa | 21 Mei 2019

IPOH - Orang ramai dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan termasuk kewangan, barangan keperluan asas seperti beras, tepung, minyak dan lain-lain dalam usaha membantu golongan yang memerlukan.

Yang DiPertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Perak, Mohamad Hafez [email protected] berkata, golongan seperti asnaf, fakir, miskin serta saudara baharu (mualaf) sangat memerlukan bantuan sedemikian terutamanya ketika Ramadan ini.

Justeru menurutnya, pihak ABIM Perak mengambil inisiatif menganjurkan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) bagi menyalurkan bantuan kepada golongan berkenaan.

“Tahun ini adalah tahun ke-13 Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) ini digerakkan melalui program ziarah dan penyampaian sumbangan kepada keluarga miskin, warga emas selain rumah anak-anak yatim dan rumah orang tua.
“Saban tahun kita anjurkan KSSB sempena Ramadan dan projek dimulakan sejak tahun 2006 ini bertujuan meringankan beban mereka yang tidak berkemampuan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, pada 18 Mei lalu ABIM Perak bersama 53 sukarelawan telah menyantuni golongan miskin, fakir, pergi ke Pengkalan Hulu bagi menjayakan program Semurni Kasih Ramadan.

Difahamkan pada 2018, sumbangan tunai bagi projek KSSB adalah sebanyak RM5,000 dan sumbangan berkenaan telah diagihkan kepada 200 buah keluarga yang memerlukan.

Sementara itu Mohamad Hafez berharap orang ramai dapat sama-sama membantu menghulurkan sumbangan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Semua sumbangan boleh disalurkan kepada pihak sekretariat ABIM Perak di Meru selain sumbangan wang tunai boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam Malaysia Berhad (ABIM) 08095010004458.

“Orang ramai diharap agar bersama-sama menghulurkan sumbangan dan infak melalui kempen ini agar lebih ramai lagi dapat dibantu khususnya golongan yang memerlukan,” katanya


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...