> > UMT sokong kekalkan kuota kemasukan ke matrikulasi
UMT sokong kekalkan kuota kemasukan ke matrikulasi
PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT UMT Selasa | 21 Mei 2019

PIHAK Pengurusan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah membuat pendirian, menyokong penuh terhadap kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkaitan keputusan untuk mengekalkan kuota 90 peratus bumiputera dan 10 peratus bukan bumiputera bagi kemasukan ke matrikulasi.

Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa), Profesor Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman dalam kenyataannya menyatakan, pihak UMT juga mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah mengambil keputusan bijak dalam meningkatkan bilangan pengambilan ke matrikulasi daripada 25,000 kepada 40,000 tempat pada tahun ini.

"Ini sekali gus dapat memberikan peluang yang lebih banyak kepada kedua-dua golongan bumiputera dan bukan bumiputera.

"Pendirian tegas mengenai kuota ini dibuat kerana apa yang diputuskan Menteri Pendidikan dan pihak kerajaan merupakan sesuatu yang selari dengan perlembagaan negara serta ia adalah selaras hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang inklusif dan saksama yang mana semua warga mempunyai peluang untuk meningkatkan taraf hidup dan sosio-ekonomi mereka.

"Syabas kami ucapkan kepada kerajaan kerana telah memperuntukkan sebanyak 60 peratus daripada kemasukan pelajar matrikulasi kepada golongan yang berpendapatan rendah (B40)," jelasnya.

Kenyataan yang telah dibuat Dr. Maszlee baru-baru ini begitu jelas.

Tambah Dr. Noor Azuan lagi, kerajaan melaksanakan kuota tersebut adalah mengikut peruntukan perlembagaan dan ia merupakan usaha bagi membantu golongan bumiputera agar mereka terus mendapat peluang ke universiti terutamanya untuk mempelajari bidang-bidang dalam sains dan teknologi.

"Kemasukan pelajar ke universiti di peringkat diploma dan sarjana muda adalah berdasarkan merit pelajar. Oleh itu, isu kuota kemasukan pelajar ke matrikulasi bukan isu utama kerana persaingan terbuka berteraskan meritokrasi sama ada dari lepasan matrikulasi atau STPM dan lain-lain saluran setaraf adalah merupakan suatu amalan yang telah sekian lama dipraktikkan dan tidak pernah mengetepikan peluang mana-mana pelajar yang layak untuk melanjutkan pelajaran ke IPT tempatan tidak kira universiti awam mahupun swasta," jelasnya lagi.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...