> KELANTAN > Pelajar asing sertai Global Charity
Pelajar asing sertai Global Charity
ZUMURNI HAMZAH Selasa | 21 Mei 2019

MACHANG - Program amal, Global Charity dimeriahkan dengan penglibatan beberapa penuntut antarabangsa yang bersama-sama menyumbang dalam melancarkan program dilaksanakan Pejabat Perhubungan Antarabangsa (OIA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Kelantan.

Pengarah program, Prof Madya Norhaiyati Abdul Muin berkata, program tersebut turut mendapat kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kelantan dan 15 pelajar antarabangsa dari Palestin, Afghanistan, Nigeria, Thailand dan Indonesia.

Sempena program tersebut seramai 20 keluarga menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak dan gula bertujuan menceriakan Ramadan golongan tersebut sekali gus berkongsi kesusahan dengan mereka.

“Kami berharap program ini akan diteruskan pada masa akan datang dan diperluaskan dengan melibatkan lebih ramai penerima termasuk luar negara seperti Thailand, Indonesia dan Kemboja.
“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Program ini turut melibatkan beberapa aktiviti termasuk menganyam ketupat daun palas antara pelajar antarabangsa dan penerima sumbangan,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Sumbangan melibatkan 10 keluarga asnaf dan 10 ibu tunggal terdiri daripada tukang cuci di UiTM Kelantan dengan hasrat menceriakan Ramadan bersama golongan memerlukan.

Katanya, selain menyampaikan sumbangan, program tersebut juga mendekatkan UiTM dengan masyarakat sekali gus melihat sendiri kehidupan mereka dengan mengunjungi dari rumah ke rumah.

Program tersebut dirasmikan Rektor UiTM Kelantan, Prof Madya Dr Tuan Mohd Rosli Tuan Hassan.

Hadir sama, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Dr Shahsuzan Zakaria


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...