> > UTeM sokong Dr Maszlee pertahankan kuota 90 peratus bumiputera ke matrikulasi
UTeM sokong Dr Maszlee pertahankan kuota 90 peratus bumiputera ke matrikulasi
MOHD KHAIRULHUSAINI MOHD SAAD Selasa | 21 Mei 2019

DURIAN TUNGGAL - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) seiringan dengan beberapa universiti tempatan lain yang menyokong penuh kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkaitan keputusan mengekalkan kuota 90 peratus kemasukan bumiputera ke matrikulasi.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Ts Dr Shahrin Sahib berkata, UTeM amat menghargai peranan dan pemantapan usaha kerajaan apabila membuat keputusan terbaik dengan meningkatkan bilangan pengambilan pelajar ke matrikulasi kepada 40,000 tempat pada tahun ini berbanding 25,000 pada sebelumnya.

Jelasnya, usaha ini adalah selari dengan perkembangan semasa dan aspirasi nasional bagi memastikan rakyat di negara kita terus menikmati kemakmuran dan kekayaan ekonomi di samping pertumbuhan positif sosiobudaya dan masyarakat.

Beliau berkata, keputusan jemaah menteri itu amat adil kerana ia selari dengan matlamat asal program matrikulasi semasa ia diperkenalkan untuk membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan pra-universiti.

“Jika diimbau kembali, jelas program matrikulasi ini diperkenalkan khusus untuk pelajar bumiputera ekoran masalah ketidakseimbangan kaum di universiti sehinggalah Jemaah Menteri di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad meluluskan pada Jun 2002 untuk memperuntukkan 10 peratus kuota bagi pelajar bukan bumiputera mulai sesi kemasukan 2003,” ujarnya.
Jika disentuh secara khusus tambahnya, dalam konteks UTeM serta Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) turut menerima impak langsung menerima pelajar lepasan matrikulasi terutamanya Matrikulasi Teknikal dari seluruh negara.

Ternyata ekosistem ini sealiran secara langsung menyokong dasar kerajaan ke arah pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) aras tinggi menerusi UTeM dan MTUN, di samping turut menyuntik perkembangan konsisten pengayaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam lingkaran pendidikan pelbagai peringkat dalam negara.

Mengulas lanjut, Dr Shahrin berkata, jika dirujuk dari segi taburan demografi secara peratusan hakiki juga jelas menunjukkan bumiputera merupakan bangsa majoriti di negara ini maka selayaknya dalam konteks kuota pendidikan tinggi dalam negara wajar diberikan mandat kepada golongan ini.

"Justeru, jika berlaku penguncupan kepada peratusan laluan awal atau tempat bumiputera dalam arena pendidikan tinggi maka bagaimana ianya mampu seiringan dalam memartabatkan bumiputera agar terus seiringan dan menguasai sektor pekerjaan profesional dalam negara seperti yang dihasratkan oleh pihak kerajaan.

"UTeM berdiri teguh bersama Maszlee dan universiti-universiti awam menyokong penuh dalam isu pengekalan kuota kemasukan pelajar bagi program matrikulasi universiti awam ini dan berkeyakinan beliau mampu melaksanakan tanggungjawab di samping membuat reformasi yang sewajarnya demi kebaikan ke atas sistem pendidikan negara," jelasnya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...