> PestKilla daripada pokok tuba UMP menang inovatif terbaik, cemerlang di ITEX 2019
PestKilla daripada pokok tuba UMP menang inovatif terbaik, cemerlang di ITEX 2019
MIMI RABITA, UMP Selasa | 21 Mei 2019

PRODUK mesra alam iaitu PestKilla yang dihasilkan daripada pokok Derris Elliptica atau dikenali sebagai pokok tuba dan mampu menghalau serangga perosak seperti semut, lipas, lalat, nyamuk, charlie, bubuk, hama, pepijat, termasuk lipan juga cicak diiktiraf terbaik apabila meraih pingat emas dan dua anugerah khas produk paling inovatif.

Produk ini dinobatkan menang Malaysian Innovative Product Award 2019 dan Best Malaysian Innovative Product Award 2019 bagi kategori Malaysian Product Innovative Award bersempena 30th International Invention Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2019 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) baru-baru ini.

Pestkilla: Do It Yourself (DIY) Best Repellant As A Green Technology Product ini merupakan hasil kajian penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (FKASA), Ir. Abd Syukor Abd Razak bersama penyelidik lain, Suryati Sulaiman dan Mohamad Fikri Abdul Gani.

“Produk PestKilla diformulasikan daripada bahan aktif rotenone yang diperoleh daripada pengekstrakan pokok Derris elliptica (pokok tuba). Ia merupakan produk mesra alam dan sesuai untuk semburan pada meja makan, kabinet dan kawasan tandas,” kata Ir. Abd Syukor yang juga merupakan Pengarah Urusan UMP Ecopest Sdn. Bhd iaitu sebuah syarikat terbitan Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Ir. Abd Syukor bersama Suryati Sulaiman dan Mohamad Fikri bersama hadiah dimenangi. (FOTO UMP)

Penganjuran kali ini juga menyaksikan UMP membawa pulang dua anugerah khas, tujuh emas dan 20 perak.

Enam lagi pingat emas diraih Profesor Madya Dr. Haji Mohd Yuhyi Mohd Tadza dengan projek bertajuk Low Resistance Grounding Crystal: Strike Back Against Lightning dan Suryati menerusi kajian bertajuk FRAPTER: A Novel Fiber Filter To Reduce Air Pollutants In Bauxite Mining Area yang masing-masing dari FKASA.

Sesi penilaian penyelidikan. (FOTO UMP)

Manakala pensyarah Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK), Mohammad Baihaqi Hasni dengan projeknya Edu-Tourism Jaulah Arabiah Mumti’ah dan Rosjuliana Hidayu Rosli menerusi kajian bertajuk EL Resala.Arabic pula masing-masing menang pingat emas.

Pingat emas turut dimenangi Dr. Mohammed Nazmus Shakib dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) dengan kajian bertajuk Bio-Telemetry Implantable Antenna dan Dr. Lee Chia Kuang dari Fakulti Pengurusan Industri (FPI) dengan tajuk projek GCPM MODULAR: Global Certified Project Management Modular Based On Risk Simulator.
Penyelidik bersama juri semasa sesi penilaian penyelidikan. (FOTO UMP)

Dalam pada itu sebanyak 20 penyelidikan UMP pula meraih pingat perak, antaranya Dr. Diyana Kamarudin dengan kajian Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT) - Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) Hand Signal App For The Hearing Impaired; Dr. Mohamad Hilmi Mat Said menerusi Yadun: The Quicker And Easier Method In Mastering The Rules Of Five (Nun Sakinah And Tanwin) dan Mardhiyyah Zamani dengan kajian Nahw Sahl Model: An Easy Formula To Master Arabic Grammar.

Lain-lain penyelidikan yang turut diiktiraf ialah Dr. Siti Noor Hidayah Mustapha menerusi G-PALMDEC-PU Green Palm Coat: Eco Friendly Coating Materials From Palm Oil Derivatives; Dr. Rasidi Roslan dengan (CNC): Cellulose Nanocrystal Via Microwave-Assisted Oxidative Hydrolysis Of Empty Fruit Bunch (EFB); Dr. Nor Izzati Jaini menerusi A Trade-Off Ranking Method: Fuzzy-Based Multi-Criteria Decision Making dan Dr. Kohbalan Moorthy yang menghasilkan Gene Regulatory Network Construction Of Ovarian Cancer Based On Passing Attributes Between Network For Data Assimilation In Python.

Sebahagian penyelidik UMP bersama pingat yang dimenangi dalam ITEX 2019. (FOTO UMP)
Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli, pameran inovasi di peringkat antarabangsa ini memberikan peluang penyelidik menjalinkan kolaborasi dan kerjasama dengan pihak industri yang hadir sama dalam pameran tersebut.
Penyelidikan beliau bertajuk Boceds: A Buffer-Based Online Clustering For Evolving Data Stream turut menang pingat perak.

Dalam pada itu, pihaknya turut berbangga apabila reruai UMP yang berkonsepkan Glimpses of Glory telah berjaya menawan hati para juri dan dinobatkan sebagai Best Booth Design – Bronze di ITEX 2019.

Wajah ceria penyelidik UMP yang cemerlang di ITEX'19. (FOTO UMP)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...