> SUKAN > Bakat bola sepak mahasiswa FSK tetap menyerlah, walaupun kandas ke peringkat seterusnya
Bakat bola sepak mahasiswa FSK tetap menyerlah, walaupun kandas ke peringkat seterusnya
NOR AIN TUGIMIN Selasa | 21 Mei 2019

BANDAR PUNCAK ALAM - Pusat Sukan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru ini telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Naib Canselor HEP 2019 yang melibatkan 16 pasukan masing-masing mewakili kolej dan fakulti di bawah UiTM.

Fakulti Sains Kesihatan (FSK) juga tidak melepaskan peluang menghantar pasukan FSK Warrior untuk menyertai kejohanan piala ini.

Dengan menyertai kejohanan ini, para pemain berpeluang menjadikannya sebagai satu platform untuk menunjukkan bakat dalam permainan bola sepak di samping dapat memberi peluang kepada pemain-pemain baharu menunjukkan kebolehan bagi mewakili pasukan UiTM.
Barisan pemain FSK Warrior. (FOTO FSK)
Sebagai persediaan, pasukan FSK Warrior menjalani latihan pada setiap petang dan juga mengorbankan waktu hujung minggu mereka untuk mengilap dan memahirkan lagi skil mereka dalam permainan bola sepak. Secara tidak langsung, semangat kerjasama dapat diterapkan dalam satu pasukan untuk bersatu mencapai kejayaan.

Pada peringkat kumpulan piala Timbalan Naib Canselor, pasukan FSK Warrior telah menentang pasukan FSG Wolves iaitu daripada Fakulti Sains Gunaan (FSG) yang berlangsung pada 19 Mac dan berjaya perlawanan pertama dengan jaringan gol 1-0 dan serta merta berjaya mengumpul tiga mata.

Sementara menunggu separuh masa kedua. (FOTO FSK)

Gol tersebut telah dijaringkan Ismail Ahmad Radzuan pada separuh masa pertama dan tiada jaringan gol daripada kedua-dua pasukan pada separuh masa kedua.

Perlawanan kedua berlangsung di padang sintetik UiTM pada 31 Mac, FSK Warrior menentang pasukan (Non-resident) NR City tetapi tewas dengan 3-0.

Pemain berbakat FSK Warrior, Ismail Ahmad Radzuan. (FOTO FSK)

Perlawanan ketiga pada peringkat kumpulan telah berlangsung pada 18 April dengan menentang FKE Warrior dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Sekali lagi FSK Warrior gagal mengekalkan jaringan pendahuluan apabila tewas 3-1 kepada FKE Warrior.

Menurut pengurus pasukan, AD Basriani Bassok, walaupun skuad FSK Warrior tidak dapat meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya, semangat pahlawan tetap mengalir dalam pasukan itu.

"Semangat untuk menjuarai kejohanan yang seterusnya tetap membara di dalam dada mereka bak api nan tak kunjung padam dan berharap mereka dapat memperbaiki kelemahan yang ada," katanya.
Walaupun tewas, semangat kesukanan masih kuat digenggam. (FOTO FSK)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...