> > Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah satu kehilangan besar buat UMP
Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah satu kehilangan besar buat UMP
MIMI RABITA, UMP Rabu | 22 Mei 2019

KUANTAN - Kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah amat dirasai rakyat di negeri Pahang khususnya buat warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini.

Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff, Almarhum Paduka merupakan seorang raja, pembina dan jurutera yang membawa nikmat pembangunan dan kemajuan amat bernilai kepada negeri Pahang Darul Makmur.

“Pelbagai projek pembangunan pendidikan rancak berjalan di bawah naungan Almarhum Paduka termasuklah kampus tetap UMP yang menyempurnakan peletakan batu asasnya pada 2 November 2002 dan pembangunan kampus tetap di Kuala Pahang, Pekan yang kini menjadi mercu tanda sebagai salah satu universiti teknologi terunggul bertaraf dunia,” katanya. Mewakili seluruh warga UMP, Dr. Wan Azhar menzahirkan ucapan sembah takziah kepada seluruh keluarga kerabat diraja Pahang atas kemangkatan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah.
DR. WAN AZHAR

Seluruh warga UMP amat berdukacita dan sedih di atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah yang sesungguhnya sebagai suatu kehilangan amat dirasai buat warga UMP.

Almarhum Paduka banyak menyumbang terhadap pembangunan universiti ini dan sebagai menghargai jasa dalam merintis usaha pembangunan dan kemajuan negeri Pahang, Almarhum Paduka telah dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kejuruteraan Awam pada Majlis Konvokesyen Komemoratif & Majlis Konvokesyen Ke-4 UMP 2009.

Selain itu juga, UMP telah menerbitkan buku The Ruler, The Builder, The Engineer sebagai menghargai Almarhum Paduka dalam bidang Kejuruteraan Awam, satu hubung kait tidak dapat dipisahkan apatah lagi dengan sifat seorang pemerintah yang sangat prihatin terhadap pembangunan negeri Pahang dalam melihat negeri ini maju dan makmur untuk dinikmati rakyat jelata.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...