> JOHOR > UTHM sokong penuh dan mahu kuota bumiputera ke matrikulasi dikekalkan
UTHM sokong penuh dan mahu kuota bumiputera ke matrikulasi dikekalkan
SURIAYATI BAHAROM, UTHM Rabu | 22 Mei 2019

UNIVERSITI Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) tetap mahu dikekalkan kuota sedia ada dalam program matrikulasi bagi membolehkan pelajar-pelajar bumiputera memasuki institusi pengajian tinggi (IPT).

Naib Canselor, Profesor Ts. Dr. Wahid Razzaly berkata, sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi negara, UTHM akan sentiasa membantu negara mencapai agenda nasional iaitu memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi melalui wadah pendidikan terutamanya dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Dr. Wahid bersama warga universiti menyokong penuh pendirian kementerian yang ingin mengekalkan kuota kemasukan pelajar bumiputera dan bukan bumiputera bagi program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurutnya, semua pihak perlu berbincang mencari persetujuan bersama bagi mengenalpasti laluan alternatif lain yang boleh menarik pelajar menceburi pendidikan berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat bagi mengelakkan keciciran.

Tambahnya lagi, isu ini tidak perlu diperbesarkan kerana terdapat beberapa laluan alternatif lain ke IPT antaranya melalui program asasi, STPM dan juga diploma.

Terkini UTHM telah dilantik oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai Pusat Penilaian Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu atau juga dikenali sebagai Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) iaitu sebagai sebuah pusat menyaring kelayakan individu bekerja yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda di mana-mana IPT tempatan.

Laluan ini memberi ruang dan peluang kepada individu bekerja yang tidak mengikuti sebarang program asasi atau matrikulasi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...