> > UNITAR agih makanan percuma kepada orang ramai
UNITAR agih makanan percuma kepada orang ramai
WARTAWAN KAMPUS UOLS Rabu | 22 Mei 2019

PETALING JAYA - Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang terulung di negara ini, UNITAR International University (UNITAR) sentiasa komited dan prihatin dalam menghasilkan graduan yang berkualiti serta mampu memberi sumbangan kepada masyarakat, bertepatan dengan atribut CARE yang diterapkan dalam sistem pengajian di sini.

UNITAR sekali lagi mengambil langkah ke hadapan dengan menganjurkan program pengagihan makanan secara percuma kepada orang ramai agar keberkatan bulan Ramadan ini dapat dikongsi bersama.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif UNITAR, Puvan Balachandran berkata, UNITAR sentiasa peka dan berusaha membantu golongan yang memerlukan bantuan bukan sahaja daripada segi pendidikan, malahan dari sudut tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

"Diharapkan pengagihan makanan yang diberikan membantu golongan yang tidak berkesempatan membeli juadah berbuka kerana kekangan masa dan kesibukan kerja untuk beriftar. Perkara ini sememangya nilai tambah yang perlu dipupuk kepada pelajar kami," katanya.

Puvan berkata, program yang bermula pada 20 hingga 31 Mei itu turut mensasarkan beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang, terutamanya di kawasan masjid serta bazar.

Kanak-kanak turut gembira menerima pek makanan daripada tenaga kerja UNITAR.

Katanya, bantuan makanan ini turut diberikan kepada golongan asnaf bagi meringankan bebanan mereka dalam menyediakan juadah berbuka puasa.

"Setakat ini, sukarelawan daripada pihak UNITAR yang terdiri daripada para pelajar, pensyarah serta pihak pengurusan turut mengambil peluang ini untuk bersama-sama menyediakan makanan sebelum mengedarkannya kepada orang ramai," katanya.

Dalam pada itu, pensyarah bahagian kulinari, Shahril Nizam berkata, program seperti ini sememangnya membantu para pelajarnya sebagai sebahagian daripada latihan praktikal mereka dalam bidang seni kulinari.

Katanya, penyediaan makanan juga menggunakan bahan mentah yang segar serta resepi khas dengan ramuan yang tersendiri.

"Para pelajar turut didedahkan dengan pelbagai aspek yang diperlukan dalam bidang kerjaya seperti kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan lain-lain lagi.
"Dalam pada itu, selain pemberian makanan percuma, orang ramai turut berpeluang mencuba menggunakan sistem penilaian psikometrik yang ditawarkan secara percuma bagi membantu mereka mengetahui bidang pengajian dan kerjaya yang sesuai dengan profil psikologi mereka," katanya.

Dalam pada itu, majlis berbuka puasa bagi meraikan para pelajar, kaunselor sekolah, rakan media serta rakan industri turut diadakan pada 24 Mei ini bertempat di ruang #URSpace UNITAR Petaling Jaya.

Program seperti ini sememangnya membantu para pelajarnya sebagai sebahagian daripada latihan praktikal mereka dalam bidang seni kulinari.

Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan tali silaturahim dan sebagai tanda terima kasih atas kerjasama yang terjalin selama ini selain pelajar sekolah yang dijemput turut dapat merasai suasana pembelajaran di sini dalam lawatan kampus yang diadakan di samping membantu mereka dalam urusan untuk menyambung pengajian mereka di UNITAR.

Sila hadirkan diri selain terokai pintu peluang yang terbuka luas untuk orang ramai melanjutkan pengajian di UNITAR.

Para penuntut, pensyarah serta kakitangan UNITAR membuat persediaan makanan di dapur chef sebelum mengedarkannya kepada orang ramai sebelum berbuka puasa.

UNITAR turut berbesar hati menjemput semua yang berminat untuk menyertai “Hari Informasi UNITAR 2019” pada 25 dan 26 Mei ini di kampus induk Petaling Jaya.

Pihak bimbingan UNITAR turut menyediakan sesi kaunseling pendidikan yang lebih bersifat peribadi kepada para pelajar bagi mempersiapkan mereka untuk menghadapi dunia pekerjaan pada masa hadapan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...