> TERENGGANU > Pengakap wanita cipta dua MBOR
Pengakap wanita cipta dua MBOR
MOHD ASWADI MUHAMAD Khamis | 23 Mei 2019

KUALA NERUS - Seramai 2299 ahli pengakap seluruh Malaysia termasuk daripada kumpulan Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Remaja, Pengakap Muda, Pengakap Kelana dan pemimpin menjayakan program Perkhemahan Pengakap Wanita Peringkat Kebangsaan 2019 yang berlangsung selama empat hari baru-baru ini.

Perkhemahan ini telah berjaya mencipta sejarah baharu dan mencipta rekod baru dalam Malaysia Book of Record (MBOR) dengan membida penyertaan pengakap wanita teramai di Malaysia dengan jumlah 2299 peserta dan dalam aktiviti Terengganu Go Clean.

2299 Pengakap Wanita hadir ke Perkhemahan Kebangsaan 2019.

Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Hal Ehwal Wanita), Normah Mohd Yusoff berkata, penganjuran program seperti itu sangat bertepatan dengan keperluan pengakap wanita masa kini. Ia juga satu usaha untuk menjenamakan Bahagian Hal Ehwal Wanita ke persada antarabangsa dan dunia amnya. Hal Ehwal Wanita perlu mempertingkatkan kualiti ahli dan kepimpinan bagi memenuhi aspirasi Pelan Perancangan Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia 2018-2023 supaya dapat dilaksanakan.

"Pembabitan aktif pelajar dalam aktiviti seumpama ini, bukan sahaja mampu meningkatkan semangat berpasukan bahkan mengasah jati diri, kemahiran berkomunikasi dan bakat kepimpinan demi melahirkan pelajar yang holistik. Program perkhemahan ini diharap dapat meningkatkan imej pengakap dan pembangunan setiap ahli di semua peringkat, selaras dengan matlamat melahirkan ahli pengakap yang mempunyai jati diri bangsa Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang," katanya semasa berucap pada majlis perasmian perkhemahan itu di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Terengganu.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Mejar Jeneral (B) Datuk Dr Mohd Zin Bidin berkata, sebagai sebuah organisasi sukarela yang berprestasi dan bertaraf dunia, pengakap perlu melakukan transformasi supaya relevan dengan perkembangan semasa. Segala aktiviti yang dilaksanakan hendaklah selari dengan arus pembangunan ekonomi, sosial, teknologi dan kebudayaan berbilang kaum di negara ini. Matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu membina negara bangsa untuk membangunkan modal insan.

Ketekunan ahli pengakap mencipta idea dari botol mineral terbuang menjadi bahan bermanfaat.
"Kemahiran insaniah yang diperoleh ini akan menjadi nilai tambah kepada peserta perkhemahan ketika menempatkan diri di alam pekerjaan kelak. Hasrat untuk melahirkan ahli pengakap yang seimbang dan holistik berteraskan ilmu, teknologi dan nilai yang berasaskan undang-undang dan persetiaan pengakap," katanya.

Perasmian disempurnakan Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Datuk Seri Paduka Dr Shafie Mohd Salleh. Menurutnya bertemakan Pemudi Harapan Negara, program perkhemahan tersebut diadakan bersempena dengan Hari Wanita Sedunia.

“Diharapkan menerusi program ini, semua ahli pengakap dapat memahami misi dan visi pergerakan pengakap secara menyeluruh, seterusnya mengangkat imej dan penjenamaan pengakap wanita ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Normah menanam pokok buahan sebagai simbolik sumbangan berterusan.

Shafie dalam ucapannya berkata program perkhemahan yang padat dengan pelbagai aktiviti itu dapat membina jati diri peserta agar mampu berdaya saing dalam menempuh era globalisasi.

"Program ini turut menjadi platform mempertemukan pelbagai bangsa, etnik dan budaya, yang mana ia bukan hanya dapat membentuk perpaduan sesama mereka bahkan mendidik mereka mengenai pentingnya untuk saling menghormati." katanya.

Sementara itu peserta yang ditemui melahirkan rasa gembira dan teruja kerana dapat menyertai perhimpunan pengakap wanita terbesar itu yang diadakan setiap tahun.

Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah, Nur Elliyawaton Mohd Alias merangkap Ketua Kontinjen PPM Negeri Kedah yang juga pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim yang hadir bersama kontinjen negeri Kedah yang seramai 127 orang berkata.

Sultan Terengganu berkesempatan hadir dalam slot Terengganu Go Clean.

“Saya dapat mengikuti perkembangan peserta pertandingan yang berasaskan kemahiran dan rekacipta seperti membuat sandwic, reka cipta inovasi dari botol air terbuang serta gubahan kain solat. Peserta dapat melihat pameran pengakap laut dan udara. Mereka juga gembira dapat bertukar-tukar idea dengan kawan baharu dan dapat belajar ilmu pengakap yang lain sebelum ini mereka tidak tahu. Saya berharap program ini akan dapat diteruskan agar dapat membuka minda mereka," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...