> UTARA > Ziarah Kasih Ramadan UUM kunjungi tiga keluarga serah sumbangan
Ziarah Kasih Ramadan UUM kunjungi tiga keluarga serah sumbangan
SAMSUDIN OLI MOHAMED Khamis | 23 Mei 2019

SINTOK - Pengarah Pusat kokurikulum Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Hussin Abdullah bersama ahli Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pusat Kokurikulum (Kesko) mengadakan Ziarah Kasih Ramadan bersama beberapa penduduk berhampiran kampus baru-baru ini.

Kunjungan mereka sempena Ramadan dan Hari Guru lebih bermakna dengan penyerahan barangan keperluan dapur antaranya beras, gula, kopi, tepung, minyak masak, biskut dan lain -lain lagi.

“Kehadiran kami disambut dengan gembira oleh tiga keluarga berdekatan dengan UUM dan tidak menyangka sama sekali akan diziarahi oleh staf dari universiti ini,” katanya ketika ditemui.

Faridah Ramli, suri rumah sepenuh masa, mempunyai 2 orang anak, suami bekerja sebagai pekerja rencam di Koleh Pertanian Bkt Tangga.

Dr Hussin menambah projek kemasyarakatan ini adalah program tahunan ahli kelab ini untuk mendekati masyarakat sekitar kampus.

Antara penerima barangan keperluan harian ini ialah pembersih kawasan yang bertugas dengan anak Syarikat UUM, UMHSB Noraini Ramli, 40, yang tinggal bersama tiga anak dan suami yang bekerja mengambil upah menoreh getah.
Ali Taih, dahulunya penoreh getah dan kini telah lumpuh hampir 7 tahun, mempunyai 8 orang anak.

Manakala suri rumah sepenuh masa Faridah Ramli, 34, yang tinggal dengan suami yang bekerja sebagai pekerja rencam dari Kolej Pertanian Bukit Tangga turut menerima sumbangan itu.

Turut tidak ketinggalan bekas penoreh getah yang lumpuh sejak tujuh lalu Ali Taih, 65, yang mempunyai lapan orang anak turut dikunjungi dan menerima sumbangan dari kelab Kesko ini.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...