> > Biarpun kursus baru diwujudkan, graduan tajaan Mara ini berjaya raih 4.00 di Arizona State University
Biarpun kursus baru diwujudkan, graduan tajaan Mara ini berjaya raih 4.00 di Arizona State University
WARTAWAN KAMPUS UOLS Khamis | 23 Mei 2019

KUALA LUMPUR – Penerima Biasiswa Majlis Amanah Rakyat Malaysia (Mara), Maryam Balqis Abdul Rashid mengharumkan nama negara apabila memperoleh keputusan cemerlang dengan CGPA 4.00 di Arizona State University (ASU), baru-baru ini.

Memetik laporan eWARTA MARA, Maryam Balqis merupakan salah seorang penuntut yang menerima biasiswa MARA sepanjang tempoh pengajiannya, telah menamatkan pengajiannya dalam bidang “Sustainability” yang baru diwujudkan di ASU.

Kata eWARTA MARA, menerusi sumber maklumat pihak Pejabat MARA Washington, Maryam Balqis adalah bekas pelajar SMK (P) Sri Aman, Sarawak.

Menurut eWARTA MARA, sebaik sahaja menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Maryam Balqis mula mengorak langkah kejayaan dengan melanjutkan pengajian asasi dalam American Degree Foundation Program selama setahun di INTEC.

“Maryam Balqis begitu aktif di dalam kegiatan kokurikulum malah telah memenangi beberapa anugerah atas pencapaian yang beliau capai di ASU”
"Malah, Maryam Balqis turut memegang jawatan School of Sustainability Ambassador, Presiden Honor Society of Sustainability, Setiausaha untuk Malaysia Students Association dan Director of Service untuk Alpha Kappa Psi malah menerusi lantikan jawatannya di Alpha Kappa Psi, beliau telah berjaya mengumpul dana sebanyak USD 5600 untuk Arizona Association for Foster & Adoptive Parents," katanya.

Tambah eWARTA MARA, hasil daripada usaha itu, Alpha Kappa Psi turut dianugerahkan Presidential Volunteer Service Award kerana telah menjalankan seribu jam aktiviti sukarelawan.

Penerima Biasiswa Mara, Maryam Balqis Abdul Rashid.

Selain itu, eWARTA MARA memberitahu, Mariam Balqis juga banyak menjalankan kajian melestarikan alam seperti kajian kelestarian global dalam aspek pelancongan dan perikanan di Lombok, Indonesia.

Katanya, antara kajian beliau adalah mengkaji kaedah pihak Los Angeles dalam menangani isu perubahan iklim serta membuat garis panduan atau “toolkit” untuk kerajaan Mexico menangani isu transformasi, adaptasi, kemantapan dan kelestarian.

"Antara anugerah yang diperolehi oleh Maryam adalah Community Assistant of the Year, Outstanding Graduate Award Spring 2019 oleh School of Sustainability dan ASU’s Alumni Association, Anugerah Kecemerlangan Akademik sempena Perdana Scholar Awards 2018, dan “Frasier Global Mentorship program” yang akan berlangsung di Washington, D.C. pada bulan Mei 2019.
"Pihak MARA Washington turut menyatakan perkembangan terkini Maryam Balqis yang bakal melanjutkan pelajarannya ke peringkat ijazah sarjana dalam kursus “Sustainability Solutions” pada bulan Ogos nanti," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...