> BIASISWA > Malaysia tawar biasiswa kepada pelajar Palestin
Malaysia tawar biasiswa kepada pelajar Palestin
BERNAMA Rabu | 22 Mei 2019

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, kerajaan memutuskan untuk menawarkan biasiswa buat pelajar-pelajar dari Palestin meneruskan pengajian mereka di peringkat sarjana muda, sarjana dan PhD di 12 universiti ternama di Malaysia.

Biasiswa yang bernilai RM11.48 juta itu akan ditawarkan menerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM).

Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) bergambar kenangan bersama sebahagian para pemberi sumbangan pada Majlis Berbuka Puasa Tahunan Kali Kesembilan Bersama Masyarakat Palestin di Malaysia.

Pengumuman itu dibuat di Puspanitapuri, di sini hari ini, sejurus selepas majlis Iftar anjuran PCOM yang turut dihadiri oleh isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, bekas pengerusi Hamas Khalid Meshaal dan Pengerusi PCOM Muslim Abu Umar.

Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) beramah mesra bersama bekas Ketua Hamas Khalid Meshaal. (Foto: Bernama)

Antara 12 universiti terlibat ialah Albukhary International University, Mahsa University, Kolej Universiti Islam Perlis, Multimedia University, UCSI University, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional, Sunway University, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Utara Malaysia.

Ia merupakan inisiatif Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik. -- Bernama


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...