> SEL KL > Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi UKM baharu dilantik
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi UKM baharu dilantik
PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT UKM Khamis | 23 Mei 2019

BANGI - Profesor Pusat Penyelidikan Teknologi Proses Mapan (CESPRO), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Prof Datuk Ir Dr Abdul Wahab Mohamad dilantik menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baharu menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman yang berakhir pada 23 Mei ini.

Pelantikan Dr Abdul Wahab menerusi surat daripada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik di bawah peruntukan Seksyen 12(6) Perlembagaan UKM untuk tempoh 3 tahun mulai 27 Mei 2019 sehingga 26 Mei 2022.

Dr Abdul Wahab, 52, berasal dari Sungai Seluang, Lunas, Kulim, Kedah, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dari Lehigh University, Bethlehem, Pennsylvania, Amerika Syarikat (1989); Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia dari Purdue University, Indiana, Amerika Syarikat (1991); dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Kejuruteraan Kimia dari University of Wales Swansea, United Kingdom pada tahun 1998.
Beliau pernah menjawat beberapa jawatan di UKM sebelum ini seperti Pengarah Pusat Kejuruteraan Termaju (2005-2007), Pengarah Pejabat Hubungan Industri (2009-2010), Dekan Fakulti Kejuruteraan Alam dan Bina (2014-2018) dan dipinjamkan sebagai Pengarah Penyelidikan Kanan, Qatar Energy and Environment Research Institute, Doha, Qatar (24 Mac 2018 – 25 Julai 2018).

Beliau juga adalah jurutera profesional dengan Lembaga Jurutera Malaysia dan Jurutera Berdaftar dengan Majlis Kejuruteraan,United Kingdom.

Dr Abdul Wahab juga menjawat beberapa jawatan profesional di luar UKM sebagai ahli korporat, Institut Jurutera Malaysia, Felo Institut Jurutera Kimia dan Felo Akademi Sains Malaysia.

Prof Datuk Ir Dr Abdul Wahab Mohamad dilantik menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) UKM yang baharu

Selain itu, beliau juga adalah Editor Journal of Water Process Engineering (Elsevier UK) sejak 2014 hingga kini, Panel Penilai Akreditasi Program Kejuruteraan di bawah Lembaga Jurutera Malaysia (2003 – hingga kini) dan Penilai Luar Program Kejuruteraan di 10 universiti

termasuk awam dan swasta.

Kepakaran beliau adalah di bidang Teknologi Membran dan Pemisahan; Rawatan Air dan Air Buangan; dan Nanoteknologi dalam proses pemisahan.

Kecemerlangan beliau dalam penyelidikan telah membolehkan diberikan beberapa anugerah seperti Hadiah Antarabangsa Kajian Air Prince Sultan (Saudi Arabia) (2008) dan Hadiah Sains Yayasan Sains Toray Malaysia (MTSF) (2015).


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...