> SABAH SARAWAK > Perkongsian kemahiran TVET beri impak kepada pelatih Taman Seri Puteri Kuching
Perkongsian kemahiran TVET beri impak kepada pelatih Taman Seri Puteri Kuching
IZAWATI ENI Khamis | 23 Mei 2019

KUCHING - Kolej Komuniti Mas Gading telah berkolaborasi dengan Taman Seri Puteri Kuching, Sarawak untuk menjalankan Kursus Bermodular: Kursus Penyediaan Lean Dough SPT 3104 kepada 10 orang pelatih.

Taman Seri Puteri adalah institusi Tempat Perlindungan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi pemeliharaan dan pemulihan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 55 Akta Kanak-Kanak 2001.

Objektifnya ialah memberi perlindungan dan pemulihan kepada mereka yang terdedah kepada bahaya moral atau keruntuhan akhlak dengan memupuk sikap dan nilai yang sesuai dengan norma masyarakat serta memberikan kemahiran yang bersesuaian.

Sebagai sebuah institusi yang menyediakan latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Kolej Komuniti Mas Gading mengambil inisiatif untuk menyalurkan kepakaran tenaga pengajar kepada pelatih di institusi berkenaan.

Walaupun pelatih-pelatih ini ketinggalan untuk menjalani kehidupan normal remaja di sekolah, pihak Taman Seri Puteri akan berusaha mempersiapkan mereka dengan kemahiran.

Ini adalah salah satu persediaan kepada para pelatih apabila mereka keluar kelak. Sekurang-kurangnya dengan kemahiran yang ada, mereka mampu berdiri di atas kaki mereka sendiri.

Seramai lima orang pensyarah kolej bertanggungjawab untuk membimbing pelatih ini selama sembilan minggu pada setiap hari Jumaat bermula 15 Mac hingga 10 Mei 2019.

Selaras dengan objektif Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti sentiasa membuka ruang kepada semua lapisan masyarakat tak mengira umur, bangsa dan jantina.

Kursus penyediaan makanan seperti penghasilan roti bun adalah antara kemahiran yang sering menjadi permintaan. Ini kerana, ia mampu untuk menjana pendapatan hanya dari dapur rumah tanpa kos modal yang tinggi.

Roti 'bun' yang telah dihasilkan oleh para pelatih.

Selain daripada itu, pembuatan roti adalah sesuai untuk pelbagai peringkat umur termasuklah golongan remaja seperti pelatih berkenaan.

DiharapKAN perkongsian kemahiran ini mampu memberi impak kepada pelatih berkenaan khususnya setelah mereka keluar dari institusi berkenaan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...