> AKTIVITI KAMPUS > Program pengucapan awam secara individu cungkil bakat kepimpinan mahasiswa FSK UiTM Puncak Alam
Program pengucapan awam secara individu cungkil bakat kepimpinan mahasiswa FSK UiTM Puncak Alam

PUNCAK ALAM – Buat julung kalinya Fakulti Sains Kesihatan (FSK) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam mengadakan program Speakers’ Corner iaitu sebuah program yang mengaplikasikan pengucapan awam secara individu bermatlamat untuk mencungkil bakat kepimpinan para mahasiswa di samping menyediakan medium kepada para pelajar untuk menyuarakan pandangan daripada perspektif mahasiswa.

Tulang belakang bagi program ini ialah Exco Kepimpinan dan Pembangunan Modal Insan, Fakulti Sains Kesihatan yang diketuai oleh Sekretariat Mahasiswa Fakulti, Fakulti Sains Kesihatan sesi 2018/2019.

Peserta dan penonton Speakers' Corner pada majlis perasmian penutup.

Speakers Corner yang bertemakan “The Voice of Leaders” ini telah dijalankan sebanyak 3 siri dan berakhir pada baru-baru ini.

Program ini telah mendapat sambutan dan disertai oleh mahasiswa daripada lapan program di dalam FSK iaitu Program Kejururawatan, ProgramTeknologi Makmal Perubatan, Program Pengimejan Perubatan, Program Keselamatan dan Kesihatan Persekitaran, Program Fisioterapi, Program Pemulihan Carakerja, Program Optometri, serta Program Dietetik.

Tajuk-tajuk pengucapan awam yang lebih kepada perkongsian ilmu daripada peserta berjaya menarik minat mahasiswa-mahasiswa lain sebagai penonton.

Tambahan, program ini telah diadakan di kawasan yang strategik iaitu di Foyer Fakulti Sains Kesihatan 6, yang mana ia merupakan laluan para pelajar dan juga pensyarah-pensyarah FSK.

Penonton Speakers' Corner sedang mendengar pengucapan awam daripada peserta.

Menurut Pengarah Program Speakers’ Corner, Exco Kepimpinan Dan Pembangunan Modal Insan Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Zaid Zuhaili Zamzuri berkata program ini merupakan satu program yang dapat memberi manfaat kepada mahasiswa.

Ucapan daripada pengarah program Speakers' Corner.
"Saya berharapagar program pengucapan awam ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi mencungkil bakat kepimpinan para mahasiswa," katanya.

Pada siri terakhir, turut diadakan perasmian penutup program Speakers’ Corner pada semester ini yang dirasmikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Sains Kesihatan, Romizan Jathin.

Ucapan perasmian daripada timbalan dekan HEP FSK.
"Program yang dianjurkan dapat membantu para pelajar untuk menjadi lebih berani dan yakin dalam menyuarakan pandangan secara intelektual sebagai mahasiswa yang cakna," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...