> > Hutan Melintang semakin dicemari dengan sampah sarap
Hutan Melintang semakin dicemari dengan sampah sarap
PENUNTUT UPSI Khamis | 23 Mei 2019

TANJONG MALIM - Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dari Jabatan Geografi yang mengambil kursus Sistem Maklumat Geografi (GIS) di bawah seliaan Dr Kamarul Ismail telah melakukan satu kajian lapangan ke atas sisa pepejal dan industri yang berlaku di Mukim Hutan Melintang, Perak.

Seramai 43 orang mahasiswa telah terlibat dalam kajian lapangan pada 17 Mac yang lalu. Dalam kajian lapangan ini, didapati bahawa terdapat banyak sampah sarap yang dibuang merata tempat di kawasan perumahan Hutan Melintang.

Sampah sarap atau dikenali sebagai sisa domestik mempunyai sifat yang kotor dan tidak menyenangkan terutamanya kekotoran yang berlaku disebabkan tidak ada pengurusan yang efisien. Mengikut statistik, kawasan sekitar Hutan Melintang didapati telah mencatat isu pencemaran alam sekitar yang agak serius berikutan kurangnya kesedaran dalam penjagaan alam sekitar.

Antara faktor pembuangan sampah ialah disebabkan sikap individu itu sendiri yang tidak bertanggungjawab, kurangnya pengetahuan tentang penjagaan alam sekitar serta sistem penguatkuasaan undang-undang yang lemah sehingga menyebabkan berlakunya longgokan sampah sarap di persekitaran perumahan.

Sampah sarap yang tidak diuruskan dengan baik.

Keadaan ini memberi kesan yang tidak baik terutamanya dalam aspek kesihatan manusia.

Pelbagai penyakit akan timbul sekiranya tidak ada pengurusan yang sistematik terhadap sisa domestik seperti keracunanan makanan, demam enterik, gastroenteritis dan sebagainya yang dibawa oleh bakteria, serangga dan vermin.

Secara tidak langsung, sisa domestik memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan serta persekitaran alam.

Oleh itu, dalam usaha untuk mengatasi masalah ini, pengasingan sisa domestik mengikut jenis barang merupakan cara yang terbaik.

Hal ini dapat membantu pihak yang berwajib untuk mengitar semula barangan yang telah dibuang.

Amalan kitar semula dan mengamalkan pengkomposan dalam kehidupan seharian sememangnya dapat membantu untuk mengurangkan masalah pembuangan sisa domestik.

Oleh: Ling Pik Siam, Syed Rahman, Muhammad Hakim, Umi Nadhirah, Sahirah Amira, Suinah Gimir (UPSI)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...