> AKTIVITI KAMPUS > Program Motivasi Pelajar mantapkan pembelajaran dan kemahiran komunikasi
Program Motivasi Pelajar mantapkan pembelajaran dan kemahiran komunikasi
KASMARINI BAHARUDDIN, UiTM Khamis | 23 Mei 2019

SHAH ALAM – Para penuntut daripada kelas Elektif B bagi subjek Public Relations in Information Works (IML553), Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengadakan Program Motivasi Pelajar: Situation. Task. Action. Reach. (S.T.A.R.) pada 25 April 2019.

Program ini di bawah bimbingan Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat, Kasmarini Baharuddin dan Dr. Noor Zaidi Sahid dengan penglibatan Pegawai Pejabat Pertanian Daerah Klang, Ahmad Nazri Abdullah Zawawi yang turut terlibat sama dalam menjayakan program ini.

Program yang dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Setia Alam, Mazli Bojo itu dianjurkan bertujuan memantapkan proses pembelajaran dan kemahiran berkomunikasi antara murid sekolah tersebut.

Seramai 116 orang murid daripada kelas Tahun Enam yang terlibat dalam program motivasi tersebut.

Barisan VIP dan mahasiswa UiTM Puncak Perdana dalam program Motivasi Pelajar.

Majlis pelancaran program motivasi tersebut dimulakan dengan ucapan kata aluan dan diteruskan lagi dengan gimik perasmian oleh guru besar SK Setia Alam.

Majlis diserikan lagi dengan aktiviti senam aerobik yang dikendalikan oleh para fasilitator.

Seterusnya, program dilanjutkan lagi dengan taklimat “Green Initiatives: Be Present, Think Future” oleh Ahmad Nazri Abdullah Zawawi untuk memberi kesedaran yang lebih mendalam tentang kepentingan penjagaan alam sekitar.

Taklimat daripada Ahmad Nazri Abdullah Zawawi.

Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh murid SK Setia Alam adalah aktiviti penanaman anak pokok iaitu pokok mangga, herba, kunyit, serai, limau kasturi dan sebagainya.

Lebih menarik, mereka juga mengikuti aktiviti seperti meneka peribahasa, “Spell It Right”,"Beautiful Bag” dan “Public Speaking”.

Tujuannya bagi memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan, menguatkan dan meningkatkan daya ingatan dan minda murid-murid serta melatih mereka untuk lebih yakin dan berani dalam mengemukakan idea dan pendapat.

Program motivasi tersebut diakhiri dengan majlis penutupan yang dimeriahkan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang kategori johan, naib johan, tempat ketiga dan anugerah kepada murid lelaki dan perempuan yang paling aktif sepanjang program berlangsung.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...