> IKON > Penuntut PhD ini 'cari makan' dengan bakat yang ada...siapa sangka mampu raih RM3000 sebulan
Penuntut PhD ini 'cari makan' dengan bakat yang ada...siapa sangka mampu raih RM3000 sebulan
ZALMIMAZURA ZAHARI Khamis | 23 Mei 2019

Bermula daripada minat dalam bidang perniagaan, mendorong Mohammad Syahrin Ismail, 28, mengusahakan kedai gunting rambut bagi menjana pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan harian serta yuran pengajian selain mempelajari ilmu potongan ‘style’ terkini buat para pelanggannya.

Masih menuntut di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), pemegang program Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Bahan ini telah menubuhkan Scissorstrix & Shave Barbershop sejak 2013.

“Scissorstrix & Shave Barbershop merupakan kedai gunting rambut yang beroperasi di Padang Behor, Kangar, Perlis. Kemudian, saya buka satu lagi cawangan di kawasan Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani (KKTAG) UniMAP yang terletak di Kampung Wang Ulu (Bintong), Kangar, Perlis. Kedai beroperasi pada jam 10 pagi hingga 10 malam dan dibantu dengan lima orang pekerja,” katanya.

DORONGAN DARIPADA KAWAN-KAWAN

Menurut Syahrin, idea untuk menubuhkan kedai gunting rambut ini bermula hasil dorongan daripada kawan-kawannya yang mementingkan ‘style’ potongan rambut terkini. Ia secara tidak langsung turut memberi kesan kepada Syahrin untuk mempelajari dan seterusnya berkecimpung dengan lebih mendalam bidang itu.

Antara gaya potongan rambut terkini yang menjadi pilihan pelanggan.
“Kawan-kawan banyak memberi dorongan dan mempercayai bakat menggunting rambut yang ada pada diri saya. Saya tidak pernah mengikuti mana-mana kursus atau latihan secara formal. Alhamdulillah, ALLAH berikan bakat ini untuk saya ‘cari makan’ bagi menampung kehidupan. Syukur, atas kepercayaan orang ramai kini perniagaan yang saya usahakan makin bertambah bilangan pelanggannya setiap hari,” katanya yang memperoleh purata pendapatan lebih kurang RM3000 sebulan.

SEDIAKAN KUPON BERSERTA PAKEJ

Tambah Syahrin, untuk bergelar usahawan, pastinya tidak boleh lari daripada masalah modal dan persaingan, lebih-lebih lagi jika perniagaan yang diusahakan itu ‘melata’ ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Gaya seorang penggunting rambut.
“Di Perlis ramai yang buat perniagaan kedai gunting rambut. Jadi antara cabaran paling besar adalah mendapatkan kepercayaan orang ramai terutamanya para penuntut dari UniMAP untuk menggunting rambut di kedai kami seterusnya mencapai piawaian ‘sytle’ rambut yang menjadi trending generasi anak muda sekarang,” ujarnya.

Di Scissorstrix & Shave Barbershop Syahrin turut menyediakan kupon gunting rambut dan pakej harian bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan. Antara pakej tersebut merangkumi pakej normal, gold dan deluxe untuk disesuaikan mengikut semua peringkat umur.

Turut menyediakan perkhidmatan Face Scrub untuk pelanggannya.
“Kami juga menyediakan perkhidmatan Face Scrub and Hot Towel yang hanya boleh didapati di kedai Scissorstrix & Shave Barbershop. Selain itu kami turut mengetengahkan modern cut sejajar dengan selera anak muda sekarang ini.

“Dari segi promosi, saya banyak menggunakan Instagram (scissorstix_shave) untuk menghebahkan kepada orang ramai tentang update terkini Scissorstrix & Shave Barbershop. Saya juga sering mengadakan ‘outdoor barber’ di pesta atau tapak konvo UniMAP selain melakukan aktiviti menggunting rambut secara percuma kepada anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua pada setiap bulan,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...